Dodol Perisa Pandan

#goldenapron2020
#GGB_Cookpad
Pertama kali membuat dodol😍
Sebelum ini guna breadmaker untuk buat roti jea tapi kali ini buat dodol pulak.
Dodol nie kegemaran anak-anak dan susah nak dapat. Biasa beli dodol Kelantan atau dodol dari Kedah. Tapi tak dapat makan sangat sebab jarang ke sana. Itu pun kekadang kirim kat orang minta beli. Pastu tak boleh beli banyak-banyak sebab dodol biasanya cepat berkulat.
Bila dah masak sendiri, tak perlu tunggu kirim kat orang dah. Lagipun masak dodol guna breadmaker nie, kita tak perlu berpeluh dan lenguh tangan untuk kacau dodol. Hanya siapkan bahan yang simple, masukkan dalam breakmaker dan tekan jea.
Sesekali kacau sikit-sikit jea. Pastu tinggalkan BM tu bekerja sendiri dan kita boleh buat hal lain☺️
Jom cuba buat dodol sendiri😘😘😘

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2
Kacau sebati bahan A. Masakkan atas dapur sekejap biar hancur semua dan campur bahan B
- 3
Untuk sediakan air pandan, potong daun pandan dan kisar bersama air. Tapis untuk ambik airnya
- 4
Saya guna Breadmaker Russell Taylor's 20. Masukkan ke dalam BM dan set kan nombor 20 (Jem). Nak kisar bahan A dan B sebelum dimasukkan dalam breakmaker pun boleh. Saya kacau tangan guna whiskers jea. Tak letak pewarna hijau sebab masa nak guna kebetulan habis. Jadi warna hijau kurang menyerlah. Bila tengah masak, sekali sekala kacau adunan.
- 5
Untuk mendapatkan hasil yang cantik dan ingin simpan lama perlu buat 2 proses (jem) iaitu siap sekali pastu set semula. Jika suka lembik, 1 kali pun dah cukup.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen