Ikan Dori Kung Pao

Ikan Dori Kung Pao Chinese Style..ikut selera sendiri.Masakan Chinese ni wajib ada daun bawang dan bawang putih.Masakan dia juga mudah dan ringkas.
Ikan Dori Kung Pao
Ikan Dori Kung Pao Chinese Style..ikut selera sendiri.Masakan Chinese ni wajib ada daun bawang dan bawang putih.Masakan dia juga mudah dan ringkas.
Cara Memasak
- 1
Perap ikan dori dengan 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar seasoning.Ikan dori di potong ikut suka..Jangan terlalu kecil
- 2
Kemudian panaskan minyak.Apabila minyak sudah panas,masukkan biji gajus.Goreng sehingga keperangan kemudia boleh lah di angkat.
- 3
Guna minyak yang sama,goreng pula isi ikan dori.Goreng sehingga garing supaya tidak hancur bila di masak.Apabila sudah masak,boleh lah di asingkan.
- 4
Kemudian kelurkan minyak goreng tadi sekiranya banyak.Tinggalkan sedikit untuk menggoreng lada kering.Goreng sehingga lada kering berubah warna.
- 5
Kemudian masukkan isi ikan dori yang digoreng tadi bersama bawang putih yang dicincang halus.Masak sehingga bawang putih keperanggan.
- 6
Kemudian masukkan lada banggala.Goreng sebentar.
- 7
Masukkan sosnya.Sos perlu di buat terlebih dahulu.Bahan untuk sos ialah 1 sudu tepung jagung,2 sudu kicap manis,2 sudu seasoning,½ sudu minyak bijan,4 sudu air,dan 1 sudu gula..Kacau sebati.
- 8
Kacau sebati sehingga hampir pekat.
- 9
Kemudian masukkan daun bawang yang di potong kasar dan bawang holen yang dipotong dadu serta biji gajus yang di goreng tadi.Kacau sebati.
- 10
Kemudian boleh lah di padamkan api.Dan dihidangkan.
- 11
Saya memang tidak letak garam sabab seasoning sudah masin bagi saya.Kalau anda sukakan masin,boleh la di tambah secubit garam.
- 12
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.Ikhlas dari saya yatie fy
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi
















Komen