Sotong Kicap Berempah

Sotong masak hitam ala mamak kerap dijumpai di kedai-kedai makan nasi kandar dan memang menjadi kuah popular disamping nasi panas. Ia juga sedap digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato, dan nasi berempah lain.
Resepi ini ibu jumpa di Tik tok. Kalau boleh dapat yang ada telur di dalamnya, lagi bagus! Ini kerana isi sotong putih adalah lebih tebal dan manis. Dapat pula dengan telur sotong yang memang sedap, syok sungguh!

Cara Memasak
- 1
Mula-mula panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan-bahan penumis sehingga naik baunya
- 2
Kemudian masukkan rempah kari, kacau-kacaukan biar sebati dan biarkan rempah agak garing. Jika rempah terlalu kering, masukkan sedikit air
- 3
Apabila rempah dah garing, masukkan kicap lemak manis & sos tiram, kacau lagi
Diikuti dengan santan, kacau-kacaukan dan apabila kuahnya hampir mendidih masukkan cili merah, garam dan air asam jawa, biarkan kuah mendidih & menjadi agak pekat - 4
Yang terakhir baru dimasukkan sotong yang sudah ditoskan sehingga betul-betul kering airnya, kacau-kacaukan sekejap, apabila kuahnya telah mendidih sekali lagi boleh la terus ditutup api, jangan masak sotong terlalu lama sebab ia akan jadi keras & liat. Sedia untuk dihidangkan
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen