Terung & Daging Masak Kicap Blackpepper

Challenge 45 : Terung #GlobalApron2024 #PlayOff
Resipi ke-2 Yani untuk cabaran ini menggunakan bahan = Terung & daging.
Menu ni makan bersama nasi putih yang panas memang kena sangat!

Cara Memasak
- 1
Bahan- bahan disediakan.
- 2
Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Gorengkan bawang putih dan halia dahulu. Kemudian masukkan sos blackpepper. Kacau rata seketika. Seterusnya masukkan daging dan capsicum hijau. Kacau rata.
- 3
Masukkan air 1/2 cawan dahulu. Kacau rata dan masukkan terung. Biar didih seketika kuahnya baru masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masukkan garam.
- 4
Kemudian masukkan kicap lemak manis. Gaul rata dan tambah 1/2 gelas air lagi. Kacau sesekali dan biar ia didih. Yani biarkan kuah pekat semula kerana nak daging betul-betul dah masak dan empuk.
- 5
Siap dimasak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen