👩🍳Roti Sardin Goreng Rangup

Cookpad Apron Challenge 2026 : Week 7
Tema Minggu 7: Pagi-Pagi Dah Sedap!
Resipi pagi yang biasa berasaskan roti. Selalunya hanya bakar roti sardin dengan alat pembakar roti, hari ini rasa nak makan roti yang lebih rangup.
#CookpadApron2026
#PagiPagiDahSedap
2730/3K
76/2026
👩🍳Roti Sardin Goreng Rangup
Cookpad Apron Challenge 2026 : Week 7
Tema Minggu 7: Pagi-Pagi Dah Sedap!
Resipi pagi yang biasa berasaskan roti. Selalunya hanya bakar roti sardin dengan alat pembakar roti, hari ini rasa nak makan roti yang lebih rangup.
#CookpadApron2026
#PagiPagiDahSedap
2730/3K
76/2026
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
Sediakan sardin. Hancurkan sardin, tambah bawang, cili, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata. Perah jus limau. Ketepikan
- 2
Sediakan roti. Sapu sekeping roti dengan butter. Letak inti sardin rata-rata. Tutup dengan sekeping roti lain. Buat untuk semua roti.
- 3
Sediakan pembakar roti. Bakar roti sehingga keperangan. Keluarkan dan ketepikan.
- 4
Potong kepada dua bahagian (lihat gambar). Sediakan bancuhan tepung, telur dan serbuk roti
- 5
Panaskan minyak masak.
Celup roti didalam bancuhan tepung rata-rata. Kemudian celup didalam telur rata- rata. Kemudian celup pula kedalam lapisan serbuk roti. Lumur rata-rata. - 6
Masukkan roti kedalam minyak panas. Goreng selama 1-2 minit/ hingga keemasan. Beri perhatian semasa menggoreng supaya tidak terlebih goreng.
Angkat dan tos minyak. - 7
Sedia untuk dihidangkan.
Tip
Goreng sekeping sekeping supaya roti masak lebih cantik.
Boleh dihidang dengan salad pilihan dan sos kegemaran.
Sebaiknya makan terus setelah masak.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



















Komen