Kuih Ketayap #MAHN

Kuih tradisi melayu. Kekal digemari sepanjang zaman. Resepi ringkas dan mudah untuk dibuat.
Kuih Ketayap #MAHN
Kuih tradisi melayu. Kekal digemari sepanjang zaman. Resepi ringkas dan mudah untuk dibuat.
Cara Memasak
- 1
Satukan semua bahan². Bancuh sekata dan tapis adunan. Adunan ini tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- 2
Oles kuali dengan sedikit minyak. Guna kuali 'non-stick' elak tepung melekat. Buka api dapur sederhana. Bila dah siap masak kulit ketayap, boleh la digulung bersama inti kelapa.
- 3
Untuk inti; masak gula melaka/nisan, gula putih dan gula merah. Letak sedikit air (suku gelas sahaja). Letakkan sekali daun pandan. Masak sehingga gula hancur, kemudian tapis. Tuang air gula tersebut ke dalam kuali bersama kelapa. Kacau2 selalu. Bila dah nampak agak lembab, boleh la tutup api. Inti jangan terlalu kering.
- 4
Nota; 1) Adunan tepung sedikit lembut. Jika nak kurangkan lembut, gandakan bancuhan tetapi guna sebiji telur sahaja. 2) Untuk mendapatkan warna biru, tukar air daun pandan kepada air rendaman bunga telang. Sekian, selama mencuba ❤️
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi








Komen