Singaporean Chili Crab 🇸🇬

151/Ogos2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2501 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : SEAblings Unite ! (Week 19) #CookpadApron2026
First time masak ketam cara begini iaitu macam masak sambal tapi letak telur di akhir proses masak. Jadi kuah akan lebih pekat dan creamy. Untuk ketam, hakak guna snow crab😅. Ketam lebihan yang buat sukiya platters. Dah siap kukus so hakak masukkan di hujung. Disebabkan sedap, suami kata lepas ni kena cuba ketam biasa yang banyak isi pulak. Mesti lagi sedap rasanya 😋
Sumber resipi : https://www.seriouseats.com/singaporean-singapore-chili-crab-recipe

Cara Memasak
- 1
Snow crab ni telah dicuci bersih dan dikukus terlebih dahulu.
- 2
Cincang / kisar kasar bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah.
- 3
Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar (bawa bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah)
- 4
Tomato dikisar lumat (resipi asal guna tomato puri / paste).
- 5
Kemudian masukkan sos cili, serbuk pati ayam, garam dan gula.
- 6
Masukkan ketam. Kacau sebati.
- 7
Masukkan telur.
- 8
Kacau sebati dan bagi telur tu berketul dan meresap elok pada ketam. Tutup api.
- 9
Taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
- 10
Selamat mencuba 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)