Tofu Telur Sambal Sos Tiram

134/Julai2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2484 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Serba Tauhu (Week 17) #CookpadApron2026
Selalunya hakak masak resipi ni guna sayur pak choy je. Cuma kali ni upgrade sikit guna tofu telur pula. Lagi sedap rupanya 😋. Makan dengan nasi putih panas. Tatau nak habaq lahai sedapnya 🤤

Cara Memasak
- 1
Tofu telur dipotong kecil.
- 2
Salut dengan tepung jagung.
- 3
Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
- 4
Sementara itu, celur sayur pak choy seketika. Angkat dan toskan air rebusan.
- 5
Cili hijau besar, cili padi hijau dan bawang putih dikisar kasar guna chopper.
- 6
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- 7
Masukkan kicap dan sos tiram. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati.
- 8
Di dalam pinggan susun sayur pak choy. Tuang sedikit kuah sambal di atasnya.
- 9
Susun tofu telur. Dan tuangkan baki kuah ke atasnya.
- 10
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)