Umai/hinava Ikan Selayang

Ahlia Syed Firdaus
Ahlia Syed Firdaus @ElAisyah

Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak mana kala hinava pulak makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan yang berasaskan Ikan mentah, sotong mahupun udang. Tak perlu di masak, hanyir, mentah2 ? Alar jangan risau ikut saja resepi ini in sha Allah. Bertambah nasi anda 😬. Xakan ada bau yang bermain di minda anda 😚.
Sushi rakyat Malaysia nie🤭.

#goldenapron #minggu5
#fusionantaranegeri
#CookpadMalaysia
#ElAisyMasak2

Umai/hinava Ikan Selayang

Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak mana kala hinava pulak makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan yang berasaskan Ikan mentah, sotong mahupun udang. Tak perlu di masak, hanyir, mentah2 ? Alar jangan risau ikut saja resepi ini in sha Allah. Bertambah nasi anda 😬. Xakan ada bau yang bermain di minda anda 😚.
Sushi rakyat Malaysia nie🤭.

#goldenapron #minggu5
#fusionantaranegeri
#CookpadMalaysia
#ElAisyMasak2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Ikan Selayang(hiriskan)
  2. 3biji Mangga(parut)
  3. 10biji Limau kasturi/lemon/cuka makan
  4. Garam secukupnya
  5. 1 tspSerbuk secukup rasa
  6. Cili padi(ikut tahap kepedasan masing-masing)
  7. 2 ulasBawang merah(hiris)
  8. 1 ulasBawang besar (hiris halus)
  9. 1 tspSerbuk lada putih
  10. 1inci halia(hiriskan)

Cara Memasak

  1. 1

    Antara bahan-bahannya, tak sempat nak masukan garam, halia, bawang besar dan serbuk perasaan.. Maklum kalut dengan anak nak capai semua bahan masakan 😂.

  2. 2

    Mula mula bersih dan siang ikan,buangkan tulang tengah dan kepala ikan. Kemudian hiris nipis seperti di bawa.

  3. 3

    Kemudian perahkan limau/lemon atau cuka lalu tuang kedalam ikan yang telah di hiris hiris tadi. Saya lagi suka mengunakan limau berbanding cuka tapi dua dua on boleh guna bha 😬

  4. 4

    Rendamkan isi ikan tadi dengan jus limau selama 10-15 minit,

  5. 5

    Isi ikan akan berubah warna menjadi agak pucat menandakan sudah masak.

  6. 6

    Parutkan buah mangga muda, dan potong semua bahan-bahannya yang lainnya.

  7. 7

    Kemudian masukan semua bahan-bahannya yang di potong tadi kedalam isi ikan. Lalu masukan pulak perasa seperti garam, serbuk lada putih.. Dan gaul rata. Dan.. Dan... Siap sedia untuk di nikmati.. Makan bersama nasi kosong saja pun dah ummppp 😋😋.. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ahlia Syed Firdaus
pada

Komen (4)

Resipi Sepertinya