Ikan Tenggiri Masak Tauchu

Menu ini mengingatkan pada arwah Opah. Apabila musim cuti sekolah, kami akan bercuti di rumahnya. Ikan tenggiri merupakan salah satu menu yang biasanya Opah akan masak.
Selain ikan tenggiri sambal, menu Ikan Tenggiri Masak Tauchu adalah masakannya sangat saya sukai. Namun, tak sempat belajar memasak menu ini terus daripadanya, beliau sudah dipanggil kembali menghadap Ilahi.
Suatu hari, ketika baru berumahtangga, suami belikan ikan untuk saya masak. Teringat saya pada lauk tauchu Arwah Opah, saya terus angkat telefon tanya resepi Arwah Opah pada Acu (Mak Usu).
Tak sangka, mudah rupanya untuk sediakan lauk Ikan Tenggiri Masak Tauchu. Dari hanya ikan goreng, buatkan saja kuahnya dengan bahan yang mudah, terus siap!
Jom, kita lihat macamana nak masak Ikan Tenggiri Masak Tauchu...
“Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah”
Ikan Tenggiri Masak Tauchu
Menu ini mengingatkan pada arwah Opah. Apabila musim cuti sekolah, kami akan bercuti di rumahnya. Ikan tenggiri merupakan salah satu menu yang biasanya Opah akan masak.
Selain ikan tenggiri sambal, menu Ikan Tenggiri Masak Tauchu adalah masakannya sangat saya sukai. Namun, tak sempat belajar memasak menu ini terus daripadanya, beliau sudah dipanggil kembali menghadap Ilahi.
Suatu hari, ketika baru berumahtangga, suami belikan ikan untuk saya masak. Teringat saya pada lauk tauchu Arwah Opah, saya terus angkat telefon tanya resepi Arwah Opah pada Acu (Mak Usu).
Tak sangka, mudah rupanya untuk sediakan lauk Ikan Tenggiri Masak Tauchu. Dari hanya ikan goreng, buatkan saja kuahnya dengan bahan yang mudah, terus siap!
Jom, kita lihat macamana nak masak Ikan Tenggiri Masak Tauchu...
“Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah”
Cara Memasak
- 1
(Rujuk Bahan A) Basuh bersih ikan tenggiri bersih-bersih dan kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan tenggiri. Toskan ikan yang siap digoreng.
- 2
(Rujuk Bahan B) Hiriskan bawang besar, bawang putih dan halia. Bancuhkan asam jawa bersama air bertapis dan buangkan bijinya.
- 3
Potongkan timun kecil-kecil dengan dibuang bahagian tengahnya. Boleh dibuang kulitnya ataupun tidak.
- 4
Tumiskan bahan hirisan (bawang besar, bawang putih dan halia) ke dalam sedikit minyak masak (kira-kira 7 sudu). Tumiskan sehingga berbau wangi.
- 5
Masukkan tauchu dan sos tiram, dan gaulkan. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar.
- 6
Masukkan timun dan ikan tenggiri yang sudah digoreng. Dan yang terakhir, cili potong. Biarkan didih sebentar. Siap untuk dihidang!
Resipi Sepertinya
-
Sup Suhoon Bebola Ikan Tenggiri Sup Suhoon Bebola Ikan Tenggiri
#nutrifest #resipisihat #cookpadmalaysiaSaya menggunakan ikan tenggiri dan dijadikan bebola kerana tekstur isi ikan yang padat serta khasiat ikan tenggiri itu sendiri yang sangat baik sebagai sumber protein. Bebola yang dibuat sendiri juga pastinya lebih baik kerana tidak menggunakan bahan perasa tambahan. Menu ini merupakan antara menu wajib ketika saya mengamalkan eat clean. Suhoon pula berfungsi sebagai karbo. Salina Jalaludin -
Ikan Kerisi Masak Singgang Ikan Kerisi Masak Singgang
Resepi ikan masak singgang ni saya belajar dari Mak saya. Menu ni pun antara masakan yang sangat ringkas tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.Untuk waktu berpantang ataupun sesiapa yang mahu berdiet untuk jaga berat badan, boleh cuba resepi mudah ini.Masak singgang ni boleh juga diganti dengan ikan lain, contohnya ikan selar.Jom, lihat resepi ringkas untuk menyediakan Ikan Kerisi Masak Singgang.“Dimulakan dengan Bismillah.Disudahi dengan Alhamdulillah.”#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#1post1hopev2 Nuraliyah Mn -
Ikan siakap masak asam Ikan siakap masak asam
Saya memang tak pernah makan lauk ikan masak asam. Tapi untuk jekfer ku belajar juga untuk masak resepi ini. Mudah rupanya. Memang sedap hirup panas-panas. Azyyati Zakaria -
Acar Tenggiri Acar Tenggiri
140/2024 (1685/2K)Global Apron Challenge 12: Tiruvasi#GlobalApron2024Magic pantry list: ikan tenggiri, sos tiramAcar ikan ni antara makanan menggamit kenangan untuk Uchu..ni antara kegemaran arwah mak. Uchu dari kecik biasanya memang tak memilih makan. Apa mak masak, makan je..Haritu ternampak kak aza post acar ikan aya. Terus teringat2 pada arwah..kebetulan MIL ada kat umah ni, Uchu pun buatlah acar tenggiri ni. Makan sambil story kat MIL kisah arwah besannya..MIL pun setiap kali bercerita pasal arwah, akan menyebut2 tentang hari terakhir arwah masa di hospital masih nampak sihat2 bersembang2 dgn MIL dan arwah FIL, masih sempat gelak ketawa bersama.Resepi yg Uchu cooksnap dari resepi asal @sedap_sokmo1311 ni telah diolah mengikut cara arwah mak Uchu. Beza ketaranya dgn resepi asal, Uchu gunakan serbuk kari dan rempah kasar. Sesimple Loralin -
Ikan Tenggiri Goreng Masak Cuka Ikan Tenggiri Goreng Masak Cuka
Pertama kali makan juadah ni di kantin sekolah.Memang jatuh hati terus tapi jarang2 je buat.Sebab kat sini susah nak dapat ikan tenggiri segar.Resepi ni saya ambil di Google sahaja.Boleh juga letak biji sawi dan hirisan lada untuk lebih meriah.Kebetulan tekak nak makan menu ni tapi bahan2 tu takde. Kita on jelaa kan 😁 Mirza Umairah -
Kari ikan tenggiri Kari ikan tenggiri
#goldenapron2020Kali ini saya kongsikan resepi kari ikan tenggiri yang amat mudah disediakan. Azyyati Zakaria -
Ikan masak cuka Ikan masak cuka
Menu pertama ziana pada 1st January 2022.Pada mulanya bercadang hendak masak kari jer.Sambil² menunggu waktu memasak ziana sempat membuka FB dan ternampak posting ikan masak cuka.Terus teringin macam orang mengidam 🤣😂Bagai dipukau terus kedapur dan memasak.Rupanya anak² pun suka menu ni . Ziana Chesaad -
👩🍳Masak Asam Tenggiri 👩🍳Masak Asam Tenggiri
Ramadan 2025 Challenge 2: Ramadan Tiba! 🕌🌙Menu Berbuka Hari Kedua Ramadan:Masih menu ikan, kali ini masak asam ikan tenggiri. Menu ini menu biasa jika hari ada bekalan ikan tenggiri🤭.Ikan tenggiri goreng dahulu sebelum ditambah kedalam kuah. Padanan lauk ini ialah ayam goreng kacang buncis.Pencuci mulut pula ialah agar-agar rose laici dan pulut panggang frozen dimakan semasa moreh 🤭#Ramadan2025#RamadanTiba2406/3K30/2025 Mahadiah -
Ikan Tenggiri Masak Asam Ikan Tenggiri Masak Asam
Hari ni pagi-pagi lagi dah fikir nak masak apa. Selepas hantar Si Kecil Yani ke tadika, terus ajak Encik Suami ke kedai runcit beli Timun.Maka menjelang tengah hari siap sudah menu Ikan Tenggiri Masak Asam.Jom lihat resipinya di bawah yang hanya guna 6 bahan sahaja. Nur Azliani Amer -
Kangkung Goreng Tauchu Kangkung Goreng Tauchu
Masak apa Maximum 6 bahan?Selain tumis belacan kangkung dimasak dengan Tauchu juga salah satu kegemaran saya.Rindu dekat mak dikampung bila masak sayur kangkung goreng dengan tauchu ni. Dulu2 mak yang selalu masakkan untuk saya dan keluarga. Q'leenalee's Kitchen -
Ikan Tenggiri Masak Cuka Ikan Tenggiri Masak Cuka
Resipi yang mengingatkan aku pada arwah apak aku. Dia akan masajk gulai ikalau dia rasa kurang selera makan. Alhamdulillah sekarang anak-anak akupun suka. Cho Zila -
Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis
Masak Apa untuk 1?.:Kalau berseorangan di rumah dan malas nak keluar membeli makanan,k.ha suka masak lauk yang ringkas sahaja.Cukup 1 lauk,ada ulam dan nasi putih.Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis ni k.ha "gu"kan dengan Ulam Timun Jepun.Makan dengan nasi panas-panas sedap yakmat.Kalau tak beringat bertambah-tambah nasi jadinya. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen