Bubur Nasi Udang #phopbylinimohd #batch18

#goldenapron
#phopbylinimohd
#batch18
Selalu kita jumpa bubur ayam. Tapi berbeza dengan keluarga saya. Sejak kecil, setiap kali tiba bulan Ramadhan, mak saya akan masak bubur nasi bersama udang. Masa kecil dulu, mak beritahu kami nama menu ni 'bubur kanji'. Bila dah besar, baru saya tahu bubur nasi disebut juga 'congee' dalam bahasa inggeris. Wah hebat mak saya 😅. Menu ini juga telah saya bawa ke serata tempat saya pergi. Bermula dari sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja saya yang pertama di Lahad Datu dan akhirnya di sini, Sepang. Ke mana sahaja saya bawa menu ini pasti ada yang jatuh cinta dan wajib minta resepi. Jadi saya gunakan kesempatan untuk abadikan resepi berharga ini di sini. 😊
Setiap kali rindu masakan mak, saya akan masak menu ini.
Cara Memasak
- 1
Basuh beras hingga bersih.
- 2
Masak beras dengan air bersama halia dan serai.
- 3
Setelah menggelegak, masukkan biji halba dan biji sawi.
- 4
Setelah beras menjadi semakin kembang, masukkan udang kering, lobak merah dan lobak masin.
- 5
Bila beras sudah menjadi bubur dan air semakin kering, perasakan dengan garam dan masukkan udang. Perlahankan api.
- 6
Panaskan kuali, goreng bawang merah sehingga kekuningan.
- 7
Masukkan bawang yang telah garing beserta minyaknya sekali ke dalam periuk bubur tadi. Biarkan sehingga bubur menjadi pekat.
- 8
Siap dan boleh dihidang bersama bawang goreng, daun sup, daun bawang, ikan bilis goreng, lobak masin dan sambal kicap atau lada hitam.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Bubur lambuk bersama kentang Bubur lambuk bersama kentang
Setiap kali tibanya Ramadhan mesti akan ada menu bubur lambuk kan. Bubur lambuk juga banyak versi bergantung pada negeri masing-masing. Di sini saya akan berkongsi resepi bubur lambuk versi utara. Nur Haziqah -
Bubur Nasi dhal udang Bubur Nasi dhal udang
#buburnasi#goldenapron2020Dulu masa saya kecil saya suka sangat makan bubur lambuk Masjid dekat rumah saya.Setiap kali bulan Ramadan hampir setiap hari ayah saya akan ambil bubur lambuk tu utk buka puasa kebetulan ayah saya pun ‘hantu bubur’ gak😅Selepas keluarga saya berpindah dari perumahan tersebut mmg saya rindu kan bubur lambuk tu setiap kali bln puasa tiba.Jadi saya cuba masak resepi bubur tersebut berdasarkan apa yang saya rasa bahan2 nya ada dlm masakan tersebut ketika saya makan.Boleh dikatakan hampir 95% menjadi😍.Ye la air tangan seseorang tidak serupa kan.Tapi sekurang2 nya saya dapat melepaskan keinginan nak mkn bubur lambuk Masjid tu🥰 Zieta Ali -
Bubur nasi sempoi Bubur nasi sempoi
#buburnasi#goldenapron2020Anak anak memang suka kalau masak bubur nasi.walaupun resepinya agak simple tapi ditambah dengan bahan sampingan yg lain itu membuatkan anak saya gemar makan bubur nasi. Lily Suryani Mohd Ali -
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi#goldenapron2020Sempena merdeka. Adik beradik datang ke rumah. Sempat la belajar buat bubur nasi sama macam arwah mak buat dulu-dulu. Fafa mmg tak pandai masak bubur (walhal orang kata senang je). And finally fafa dpt hasilkan sendiri dengan resipi perkongsian turun temurun. Fafa -
Bubur Ikan Salmon Bubur Ikan Salmon
#goldenapron2020 #buburnasiBubur nasi antara menu kegemaran kak del. Sejak kecil mak kak del suka buat bubur berlauk untuk sarapan pagi.Pasar Bentayan Muar ada gerai-gerai jualan pelbagai makanan malam yang di buka setiap hari. Ayah kak del selalu bawa kami ke sini semenjak kecil lagi. Antara menu mereka seperti Yong Tau Fu, sate, mee bandung, bubur dan pelbagai juadah lagi. Sedap-sedap makanan mereka. Sehingga sekarang pun masih lagi wujud gerai-gerai jualan ini.Cuma kali ini bubur nasi kak del pelbagai kan sebab masak untuk anak pula. Terutama untum menu si baby. Almaklum anak kak del ramai 5 orang jadi menu bubur nasi pun ada pelbagai versi.Olahan resepi kali ini kak del ambil dari sharing Chef Amer. Memang sedap sangat tau. Mehlah cuba ye. Mudah sahaja resepi nya. Boleh sahaja guna isi ikan seperti kerapu, tenggiri, senangin, siakap dan salmon. Cuma perlulah perisikan ikan dengan membuang tulang dahulu ye. Nanti tercekik pula anak makan bubur ini.Selamat mencuba. Dapoq Kak Del -
BUBUR NASI opah BUBUR NASI opah
#buburnasi#goldenapron2020Dulu masa kecil..bila ada yg demam atau sakit tekak..mak mesti buatkan bubur nasi..Adakalanya...mak buat sebab permintaan anak² yang hanya nak makan bubur ..Tap tu lah..selagi x habis bubur tu..dok ulang je lah..mak masak mana pernah sikit..mesti periuk besar untuk kami 8 beradik...walau hanya bubur nasi..tapi kami gembira menikmatinya...di saat susahnya kehidupan lampau... 0h Hana !! -
BUBUR LAMBUK # phopbylinimohd BUBUR LAMBUK # phopbylinimohd
Bubur lambak#phopbylinimohd Zuraida Shaari -
Bubur Nasi Ayam semudah ABC Bubur Nasi Ayam semudah ABC
#buburnasi#bonus#goldenapron2020Bubur nasi ni myB biasa biasa pada sesetengah orang.Kerana bubur nasi ni la pernah buat air mata saya jatuh berjujuran (Menangis).Anak saya sekolah 2 sesi.Masa yang ada untuk dia pulang kerumah sangat terhad jadinya saya suruh dia mandi dn tukar baju di sekolah.Sekolah ada menyediakan bilik rehat dan persalinan untuk pelajar.Pada suatu hari saya bawakan dia bubur nasi ini.Banyak saya bawa masa tu.Saya akan suap dia makan sampai dia kenyang.Nak jadikan cerita seorang pelajar ni,pandang tanpa berkelip mata dia pada makanan anak saya.Saya bertanya pada dia.."kenapa adik tenguk makanan acik?" dia jawab "Bubur tu anak acik dah x nak ke?" kenapa saya tanya lagi?Adik nak ke?" dengan laju dia menjawab "Nak acik" saya cakap dengan dia, ni bekas anak acik makan tak habis.tak geli ke nak makan bekas bekas orang?" dia Jawab, "tak acik"...Allah hu akbar sedihnya saya masa tu.Saya pun memberi dia bubur nasi yang tidak habis dimakan anak saya tadi..Dia pun memakan dengan gelojoh sekali sambil berkata "sedap acik.tak pernah saya makan bubur nasi sesedap ini"...Sejak dari peristiwa itu saya mesti bawa bekal lebih untuk dia.Bubur nasi ni juga salah satu menu kesukaan anak2 saya.Cerita yang saya share kan ini bukan rekaan tapi kisah sebenar.ianya berlaku pada tahun 2014. Dunia Hanya Sementara Fy -
Nasi Lemak Nasi Lemak
#goldenapronNasi lemak merupakan menu makanan tradisi melayu. Nasi lemak menu kegemaran tidak mengira usia. sarapan pagi hujung minggu kali ini saya membuat nasi lemak sebagai menu pilihan. Jom cuba🤗NurDiana Rosli
-
Bubur Lambuk Ayam #phopbylinimohd #batch23 Bubur Lambuk Ayam #phopbylinimohd #batch23
Setiap kali bulan Ramadhan tiba. Mesti ada peluang untuk dapatkan bubur lambuk. Walaupun tempoh PKP membataskan pergerakan. Saya menggunakan bahan sedia ada yang terdapat di rumah tanpa menggunakan santan.Terdapat pelbagai variasi dan kaedah masakan bubur lambuk di setiap negeri. Selain sedap dipadankan dengan bahan-bahan sampingan seperti telur masin, ikan bilis goreng dan sambal kicap.Bubur lambuk juga boleh tidak semestinya disediakan dalam bulan Ramadhan, ia juga enak dinikmati ketika musim hujan atau ketika tidak berasa sihat.#phopbyfurzanne#cookpadmalaysia#phopbylinimohd#batch23#newbie Mizzanem -
Bubur Nasi Warisan #PhopByLiniMohd #Batch23 Bubur Nasi Warisan #PhopByLiniMohd #Batch23
Resepi bubur nasi ni adalah perkongsian dari kakak saya. Beliau share resepi ni disaat kami kebuntuan idea nak memasak untuk anak-anak disaat anak-anak fight dengan eczema dahulu. Iman Hasanah Musa -
Bubur Nasi Bubur Nasi
Eat2Heal❤️🩹Biasa bila anak anak mau pun abahnya deman saya akan masak bubur nasi. Bukan sahaja mudah hadam , juga mengandungi zat yang cukup dan mengenyangkan.Bagi anak anak juga sudah serasi bila deman akan minta ibunya masak bubur nasi. Ani Delighted
Komen