Karipap Minyak Telur Hancur

Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
Parit Buntar, Perak

#bonuspastry #goldenapron #saturesepisatupohon

Dah banyak hari fikir nak buat karipap sebab anak-anak memang suka. Tetiba ada bonus pastry ni jadi apa lagi laju lah buat. Cuma anak-anak memang suka kosong begini. Kalau letak macam-macam habis semua di kutip buang. Apapun dah siap semua bahan tetiba tak de pula butter.😅 Pakai minyak ja lah sedap sama juga.

Karipap Minyak Telur Hancur

10 orang bercadang membuatnya

#bonuspastry #goldenapron #saturesepisatupohon

Dah banyak hari fikir nak buat karipap sebab anak-anak memang suka. Tetiba ada bonus pastry ni jadi apa lagi laju lah buat. Cuma anak-anak memang suka kosong begini. Kalau letak macam-macam habis semua di kutip buang. Apapun dah siap semua bahan tetiba tak de pula butter.😅 Pakai minyak ja lah sedap sama juga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-25 biji
  1. Inti Kentang Telur Hancur
  2. 5biji Ubi Kentang (potong dadu)
  3. 1@2 biji Telur Tanpa Antibiotik gred B
  4. 1biji Bawang Besar (potong dadu)
  5. 2sudu besar Serbuk Kari Ikan
  6. 2 cawanAir Tapis
  7. 2sudu kecil Garam Pink Himalaya
  8. 2sudu besar Minyak Masak (untuk menumis)
  9. Badan/Kulit Karipap
  10. 3 cawanTepung Gandum Unbleach
  11. 1/2 cawanTepung Beras
  12. 1 1/2sudu kecil Garam Pink Himalaya
  13. 50 mlMinyak Masak
  14. 1-2 cawanAir Sejuk Petiais

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan. Masak inti terlebih dahulu dengan menumis bawang hingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan ubi kentang, serbuk kari dan air ke dalam kuali. Masak hingga ubi empuk dan air kering.

  3. 3

    Setelah ubi empuk masukkan telur dan kacau sebati bersama kentang. Perasakan inti dengan garam secukupnya dan angkat. Sejukkan inti.

  4. 4

    Bahagian badan/kulit karipap dimasukkan dalam bekas/mangkuk kemudian uli hingga sebati menjadi doh. Tak perlu uli sampai licin@elastik. Sekadar tidak melekat sahaja. Sediakan peralatan untuk mencanai badan karipap.

  5. 5

    Ambil satu doh karipap yang dibulat kecil dan canai nipis. Letak doh yang telah dicanai atas acuan karipap.

  6. 6

    Masukkan inti di tengah acuan dan kelim/tutup acuan dengan kemas.

  7. 7

    Buat hingga selesai dan goreng karipap dengan api sederhana. Angkat/toskan karipap yang telah masak keperangan. Siap untuk dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
pada
Parit Buntar, Perak
Sangat berminat ke arah pemakanan sihat dan homemade.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya