Karipap

Karipap memang kegemaran kami adik beradik. Adik beradik ramai, selalu mak akan buat kuih sendiri. Karipap antara kuih yang selalu mak buat. Mak siapkan doh dan inti. Kami lah yang canai dan klim. Macam-macam rupa dan bentuk. Sekarang adik-adik semua dah besar, semua dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Saya simpan sini resepi karipap yang selalu mak buat untuk kami adik beradik masa kecil.
Karipap
Karipap memang kegemaran kami adik beradik. Adik beradik ramai, selalu mak akan buat kuih sendiri. Karipap antara kuih yang selalu mak buat. Mak siapkan doh dan inti. Kami lah yang canai dan klim. Macam-macam rupa dan bentuk. Sekarang adik-adik semua dah besar, semua dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Saya simpan sini resepi karipap yang selalu mak buat untuk kami adik beradik masa kecil.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Tumis bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang. Bila bawang dah layu. Masukkan rempah. Masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit. Kacau rata. Masukkan daging kisar.
- 3
Bila air daging kisar kering, masukkan kentang. Masukkan 2 cawan air. Masak hingga kentang lembut.
- 4
Masukkan daun sup. Kacau rata. Ketepikan. Biar inti sejuk.
- 5
Sekarang untuk kulit karipap pula. Sediakan tepung. Panaskan majerin dan minyak hingga mendidih.
- 6
Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung. Gaul rata menggunakan senduk, sebab minyak panas. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
- 7
Masukkan air sejuk dari peti ais. Uli hingga jadi doh. Rehatkan doh selama 20 minit dalam peti ais
- 8
Bulat2 kan doh. Kemudian canai nipis. Letak inti.
- 9
Cantum doh. Kelim keliling doh.
- 10
Goreng dengan minyak yang perlahan. Supaya kulit karipap tidak menggerutu. Siap, sedia untuk dihidang
Resipi Sepertinya
-
12:4:23 - Karipap daging 12:4:23 - Karipap daging
saya menandakan karipap ini lain-lain warna bagi memudahkan saya mengenali yang mana satu karipap daging, karipap kentang, karipap ayam dan lain-lain. lihat saja pada warna yang ada dikulit karipap kita dah tau apa isi intinya. Hani Shaimi -
Inti Karipap - Kentang & Ayam Inti Karipap - Kentang & Ayam
#goldenapron2020Buat inti dulu. Bila dah dtg kerajinan baru uli karipap. Inti yg sama juga boleh guna untuk buat mini murtabak. Hanya perlu campurkan telur. Ni kemudian kita bg resepi ye. bukumasak.CheMa -
Karipap Sourdough Karipap Sourdough
Dah lama tak makan karipap. Biasalah bila dah #dudukrumah ni, semua resepi yang disimpan akan keluar.Alhamdulillah menjadi juga karipap sourdough ku. Iman Hasanah Musa -
Karipap Telur Karipap Telur
#bonustelurrebus #saturesepisatupohon #goldenapronTetiba teringin nak mkn karipap ala2 ikea yg ada telur rebus dlm inti nya.Teruslah masuk dapur sediakan inti kentang. Zieta Ali -
Karipap Pusing Rangup Karipap Pusing Rangup
First time buat karipap pusing ni..sebenarnya dah lama nak try..lepas tengok kawan fb saya buat minggu lepas..rasa teringin pulak nak cuba sebab teruja tengok cara-cara membuatnya.. walaupun banyak step tapi seronok.. Karipap pusing ni mempunyai dua doh iaitu doh minyak & doh mentega..kemudian di bulatkan bersama. Lepas tu canai.. gulung..kemudian canai lagi..dan gulung sekali lagi untuk jadikan ianya berkelopak.. kelopak yg berlapis-lapis tu lah yg membuatkan karipap ni lagi bertambah rangup. Saya follow resepi dari Mas Cotek yg femes tu atau lebih di kenali dgn gelaran Opah.. Alhamdulillah.. sedap & rangup.. InsyaAllah lain kali nak cuba buat lagi perfect rupanya..buat inti daging pulak.. Nor Al Fatihah -
Karipap Pusar Karipap Pusar
Saya sangat menyukai karipap sejak kecil.Selalu rasa kecewa bila membeli karipap, kulit luar sedap inti tak sedap. Atau inti sedap, kulit karipap pula kenyal. Lebih mengecewakan bila beli karipap inti oksigen. Aini Sait -
Karipap telur Karipap telur
#bonustelurrebus#goldenapron#saturesepisatupohonSebelum ni tak pernah pun buat karipap telur,anak pun tanya ,ada ke orang buat karipap telur?sedap ke?Ok mak buatkan...bila dah masak kemain lagi makan.siap puji sedap juga rupanya karipap telur Lily Suryani Mohd Ali -
Inti Karipap (kentang) Inti Karipap (kentang)
Mesti ramai yang suka makan karipap kan, lebih-lebih lagi sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi.Walaupun ada pelbagai jenis karipap, namun, inti kentang yang ada rasa rempah kari tetap popular. Apatah lagi rasa rempah karinya yang ada sedikit pedas.. dengan taburan daun sup akan menambahkan lagi kesedapan inti karipap..Inti yang sedap haruslah di ‘balance’ kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Noor Atika Mahamood -
Inti Ubi Kentang Pelbagai Menu Kuih Inti Ubi Kentang Pelbagai Menu Kuih
#goldenapron2020Sebut saja karipap ramai terbayang inti kentang dan berperisa kari...akk selalu buat inti ubi kentang untuk pelbagai menu kuih muih seperti karipap,roti roll,kuih cara berlauk,kuih ropa,mini murtabak,pau dan lain2 kuih muih yang bersesuaian...inti kentang ini menjadi kegemaran anak bujang akk dia akan makan dengan roti putih...selalunya akk akan buat lebih dan bahagi2kan dalam beberapa bekas untuk difrozenkan,mudah bila perlu untuk buat kuih terus akk akan guna...Jom tengok resipi akk share agar memudahkan kawan2 cookpaders didapur 💞❤️ Aza Aaj -
Karipap Rangup Inti Kentang Karipap Rangup Inti Kentang
Menu POTLUCKKaripap rangup hingga petang. Makanan kegemaran dan sangat popular di Malaysia. Siapa x kenal karipap. Jarang orang x suka karipap.Boleh sediakan awal dan frozen , jadi tak lah kalut bila nak siapkan menu potluck. Cuma tinggal goreng sahaja Ani Delighted -
Karipap Pusing Frozen Karipap Pusing Frozen
Tak pernah sekali pon pandai buat karipap. Dgn izin allah terang hati ni bila sorang sahabat ajar terus doh karipap pusing. Alhamdulillah pandai dah sampai jd permintaan yg tak pernah jemu.#GGB_Cookpad Harum Wangi -
Inti karipap Inti karipap
#goldenapronBuat awal2 senang,kalo terasa malas simpan peti,nanti rajin menyapa malas berlalu baru kita uli tepung buat karipap. Leesa Alif
Lebih Banyak Resipi
Komen