Nasi Biru Bunga Telang

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Nasi kerabu yang asli warnanya adalah dari bunga telang. Oleh kerana zaman sekarang sukar nak dapat bunga telang, jadi biru nasi kerabu biasanya hanya diletak pewarna makanan.

Mungkin ramai yang tak tahu betapa tingginya khasiat bunga telang ni. Sebenarnya saya pun baru juga tahu, ingatkan hanya sekadar membeli impak warna biru pada makanan je.

Setelah buat sedikit pembacaan, Bunga Telang atau dalam Bahasa Inggerisnya Butterfly Pea Flower atau Clitoria Ternatea menyenaraikan khasiat berikut, antaranya:
• antioksidan
• mencerahkan penglihatan
• melebatkan rambut
• memperbaiki kulit
• melancarkan pernafasan

Agaknya inilah antara rahsia orang Pantai Timur kulitnya cantik-cantik kan? Beauty secret from the east, you are what you eat. Begitulah.

Oleh kerana tempoh hari bunga telang berlambak-lambak berbunga di luar, jadi saya cubalah birukan nasi. Makan dengan telur dadar je pun. Hehe.

#nutrifest #resepisihat #saturesepisatupohon
#minggu18 #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2pot beras (dibasuh bersih)
  2. 1 2/3pot air bertapis
  3. 1 batangserai (diketuk)
  4. 1 helaidaun limau purut
  5. 1pot air mendidih
  6. 30kuntum bunga telang
  7. 1/2sudu kecil garam pink himalayan

Cara Memasak

  1. 1

    Rendamkan bunga telang ke dalam 1 pot air mendidih. Biarkan sehingga air menjadi biru. Tapiskan.

  2. 2

    Masukkan beras, air bertapis, air bunga telang, serai dan daun limau purut ke dalam periuk nasi. Tekan suis on seperti biasa.

  3. 3

    Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya