Bihun Goreng Daging

6 orang bercadang membuatnya
Iylia Iryani Idris
Iylia Iryani Idris @cook_16742541
Pelabuhan Klang

#goldenapron
#saturesepisatupohon

Bihun Goreng adalah salah satu makanan kegemaran saya. Bila balik Perlis, orang yang selalu saya minta buat bihun goreng adalah mak cik saya. Memang sedap sangat air tangan beliau. Tapi sekarang mak cik dah tak berapa sihat. So dah tak boleh nak masak bihun goreng sedap untuk kami semua. Moga mak cik saya sembuh seperti biasa selepas ni. Kali ni saya cuba resepi saya sendiri cuma tambah 1 bahan yang selalu makcik saya guna dalam bihun goreng beliau iaitu air asam jawa. Resepi saya ini ringkas sahaja jika cookpaders ingin mencuba..☺️

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1bungkus bihun (direndam sehingga lembut dan toskan)
  2. 300 gdaging (direbus dahulu)
  3. 2@ 3 keping fish cake (dihiris nipis)
  4. 1labu bawang besar (dihiris)
  5. 3sudu besar cili kisar
  6. 3sudu besar sos tiram
  7. 3sudu besar kicap lemak manis
  8. 3sudu besar sos cili (pilihan)
  9. 2kiub pati ikan bilis (boleh diganti dengan ikan bilis tumbuk)
  10. 1 cawanair asam jawa (ikut masam yang disukai)
  11. 1 batanglobak merah (hiris memanjang)
  12. 3pokok bok choy (potong kecil) - pilihan
  13. 3@ 5 pokok daun kucai (potong panjang) - lagi banyak lagi sedap
  14. 1sudu kecil garam (ikut masin yang disukai)
  15. Bahan tumbuk
  16. 3 ulasbawang merah
  17. 3 ulasbawang putih

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak, goreng fish cake sekejap dan ketepikan.

  2. 2

    Dengan minyak yang sama, tumis bawang besar sehingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan bahan tumbuk dan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan sos tiram, sos cili, kicap. Kemudian masukkan daging. Goreng sekejap.

  5. 5

    Masukkan lobak merah dan fish cake.

  6. 6

    Masukkan bihun yang telah direndam dan ditoskan awal tadi.

  7. 7

    Akhir sekali, masukkan bok choy, daun kucai, air asam jawa dan garam. Gaul sebati sehingga semuanya sekata. Siap dan sedia dihidang..😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Iylia Iryani Idris
Iylia Iryani Idris @cook_16742541
pada
Pelabuhan Klang

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan