Kuih Cara Tanpa Gluten

Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
Parit Buntar, Perak

#goldenapron #nutrifest #saturesepisatupohon
Kuih cara ni lama tak makan. Sebab cuti sekolah anak semua ada rumah ibu pun syok buat makan-makan. Pilihan lebih sihat Insya Allah. Pastikan penggunaan santan segar kerana santan mengandungi kolesterol baik jadi tidak perlu takut menggunakan santan.

Kuih Cara Tanpa Gluten

25 orang bercadang membuatnya

#goldenapron #nutrifest #saturesepisatupohon
Kuih cara ni lama tak makan. Sebab cuti sekolah anak semua ada rumah ibu pun syok buat makan-makan. Pilihan lebih sihat Insya Allah. Pastikan penggunaan santan segar kerana santan mengandungi kolesterol baik jadi tidak perlu takut menggunakan santan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 1/2 cawanTepung Beras (100%beras)
  2. 4sudu besar Tepung Pulut
  3. 2sudu besar Tepung Ubi Kayu
  4. 1/2sudu kecil Garam Pink Himalaya
  5. 1/2 cawanSantan Pekat
  6. 1 1/2 cawanAir/ Daun Pandan
  7. 1biji Telur Tanpa Antibiotik gred B
  8. 1sudu besar Minyak Masak
  9. 1/2 cawanAir Tapis jika perlu (bergantung pada jenis tepung)
  10. 1/2 cawanGula Tebu Asli Organik (sebagai inti)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan dan blender daun pandan menjadi paste/air daun pandan.

  2. 2

    Masukkan semua bahan satu persatu ke dalam bekas/mangkuk kecuali gula. Kacau sebati supaya tidak berketul.

  3. 3

    Panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan api sederhana dan sapu sedikit minyak dalam acuan. Bila acuan telah cukup panas masukkan adunan kuih cara dan letak juga inti gula organik di tengah-tengah kuih.

  4. 4

    Kemudian tutup acuan beberapa minit hingga kuih masak sepenuhnya.

  5. 5

    Angkat kuih dari acuan dan ulangi proses yang sama hingga adunan habis untuk dimasak. Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
pada
Parit Buntar, Perak
Sangat berminat ke arah pemakanan sihat dan homemade.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya