Donut

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#goldenapron
#minggu23
#saturesepisatupohon

Mencuba resepi baru bersama anak-anak sempena cuti sekolah sungguh menyeronokkan.Adakalanya resepi yang kami buat tu menjadi,adakalanya tidak.Tapi itu semua kami letak tepi asalkan niat sambil memasak kami belajar itu lebih kami utamakan.

Ayuh lihat bersama resepi donut kami yang tidak perlu diuli ini.Selamat mencuba 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 1paket yis mauripan (11 gram)
  3. 2sudu besar gula
  4. 2sudu besar susu pekat
  5. 1 cawanair suam
  6. Bahan B
  7. 4 cawantepung gandum
  8. 2sudu besar marjerin
  9. 2 tspbaking powder
  10. 1sudu besar bread softner
  11. 1 tspgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan A.Campur semuanya dan tunggu hingga kembang (berbuih)

  2. 2

    Sediakan bahan B.Ramas hingga jadi seperti serbuk roti.

  3. 3

    Tambahkan Bahan A ke dalam Bahan B.Gaul sebati.

  4. 4

    Tutup dengan kain bersih.Biarkan lebih kurang 1 jam.Setelah kembang 2 kali ganda,tumbuk adunan bagi membuang anginnya.Sedia untuk dibentuk.

  5. 5

    Timbang setiap tepung seberat 30gram.Kemudian tekan tengahnya bagi membentuk lubang.Biarkan lagi 30 minit.

  6. 6

    Goreng dengan api kecil sehingga keemasan.Toskan sebentar sebelum disalut dengan gula kastor.

  7. 7

    Siap dan sedia untuk dihidang.Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Komen (3)

Rynie76
Rynie76 @Rynie76
Tq share resipi sis..lemak, gebu dan sgt lembut!😍

Resipi Sepertinya