Oreo Basque Burnt CheeseCake

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#cheesecake
Kek yang dah lama viral tapi saya baru mencuba di tahun 2020, pertama kali buat burnt cheesecake ni tau. Sempena 2020 tahun baru, cheesecake ni pun saya beri rasa baru lebih sedap bila digandingkan dengan oreo biskut kesukaan ramai. Sungguh sedap rugi tak cuba, keraknya yang merecik pasti teringat-ingat, jom buat. Modal sedikit mahallah sebab cheesekan tapi rasa bukan biasa-biasa. Nak buat jualan boleh aje guna resipi ni memang terbaik.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmcream cheese tatura
  2. 10 gmtepung gandum
  3. 85 gmgula kastor
  4. 2biji telur A atau B
  5. 125 mlwhipping cream
  6. 1sudu kecil esen vanila
  7. 3 kepingoreo - dipatah kecil

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan loyang saiz 6 inci, sapu sedikit mentega & lapik baking paper melebihi loyang serta sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Satukan cream cheese dan gula pukul hingga creamy.

  3. 3

    Masukkan telur satu persatu dan esen vanila pukul sebati.

  4. 4

    Masukkan tepung pukul sebati.

  5. 5

    Masukkan whipping cream pukul sebati.

  6. 6

    Tuang separuh adunan ke dalam loyang, tabur oreo kemudian tuang lagi perlahan-lahan separuh adunan lagi hingga adunan merata menutupi oreo.

  7. 7

    Pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 200 api atas & bawah bakar hingga masak.
    Set lagi sekali masa 10 minit api atas sahaja masa masih sama biarkan permukaan kek terbakar warna coklat gelap. Jangan legam sangat pastikan oreo tak hangit rentung.

  8. 8

    Keluarkan dari oven biarkan sejuk sekejap 15 minit, kemudian boleh disimpan dalam peti ais dahulu sebelum potong. Sedap dimakan sejuk.

  9. 9

    NOTA :
    Oreo tu optional, boleh bancuh adunan macam biasa tak perlu letak oreo pun boleh, bakar rentung macam biasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan