Kuih Keria Labu

MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez

Kuih Keria Labu adalah favourite saya berbanding Kuih Keria Keledek cuma nak sediakan doh dia mmg leceh skit sebab lembik sebab saya suka yang banyak labu dari tepung. Tipnya: masa buat bentuk gelang tu kena lumur minyak mcm nak buat roti canai, pastu terus goreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. 1/4biji Labu
  2. 1 1/2 cawanTepung Gandum
  3. 1 sudu tehBaking Powder
  4. 1/2 cawanGula Putih
  5. 1/3 cawanAir
  6. SedikitGaram

Cara Memasak

  1. 1

    Labu dipotong secara bersegi dan rebus

  2. 2

    Setelah direbus dalam 10 minit dan empuk, toskan airnya. Masukkan sedikit garam dan lenyekkan.

  3. 3

    Masukkan tepung gandum dan baking powder.

  4. 4

    Bentukkan seperti gelang. Lumurkan minyak pada tangan untuk membentuk gelang ini kerana doh agak melekit. Terus goreng di kuali yang telah ada minyak yang sederhana panas. Angkat dan ketepikan.

  5. 5

    Di kuali lain, masukkan air dan gula. Panaskan sehingga semua cair. Masukkan Kuih Keria Labu ke dalam kuali tersebut dan sirakan sehingga gula berketul-ketul.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez
pada

Komen

Resipi Sepertinya