Mee lidi rebus

Resepi ini sesuai untuk sarapan pagi. Saya belajar dari arwah mak mertua. Mi lidi boleh dipelbagaikan hidangannya 🍲
Mee lidi rebus
Resepi ini sesuai untuk sarapan pagi. Saya belajar dari arwah mak mertua. Mi lidi boleh dipelbagaikan hidangannya 🍲
Cara Memasak
- 1
Rebus sebungkus mi lidi bersama air. Tambahkan minyak supaya mi tidak melekat. Rebus dalam 10-12 minit. Mi tidak perlu kembang sangat dgn merebusnya lbh dari masa yg disarankan. Jika tidak ianya lembik/ rasa cepat muak/ kembang tekak bila dimasak. Anyway, you may prepare the way you like it 🍜
- 2
Tumiskan lada hitam yg telah ditumbuk/ kisar halus bersama bawang besar + bawang putih kisar. Tambahkan air secukupnya utk kuah. Bila menggelegak kuahnya, tambahkan sawi. Tunggu sawi sedikit layu. Kemudian tutup api dapur dan tambahkan garam secukupnya.
- 3
Nah 🍜 mi telah siap dan boleh dinikmati bersama keluarga. Ringkas, bukan?
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mi Rebus Mak Mi Rebus Mak
Lagi menu raya baru ni Mi Rebus. Buat atas permintaan hubby nak makan ni. Ni resepi dari arwah mil Aznie. Sempat belajar buat ni juga. Menurut mak kita boleh campurkan juga ubi kayu yang direbus kedalam kuah ni. Rasa dia lagi sedap. Tapi Aznie belum pernah lagi cuba. In shaa allah akan cuba juga nanti bila-bila. Menu fav keluarga Aznie. Tak pernah jemu🥰 Aznie Khasri -
Mee Rebus Mak Mee Rebus Mak
Mee Rebus Mak.. resepi ni memang terasa dekat ngan Aznie .. ada kenangan disebalik resepi ni.. resepi ni, diberi oleh arwah ibu mertua Aznie.. semoga dengan resepi ni dapat memberi manfaat buat semua.. agar pahala berpanjangan buat Mak.. #kambu #goldenapron Aznie Khasri -
Mi Rebus Mak Mi Rebus Mak
#goldenapron2020 Hari ni Aznie tak masak nasi, Aznie buat Mi Rebus je. Bila teringin nak makan macam ni la, bila bahan semua dah ada awal pagi lagi Aznie dah masuk dapur buat ni. Menu kegemaran keluarga Aznie ni. Resepi dari arwah ibu mertua Aznie. Suka sangat dengan menu ni. Salah satu menu wajib Aznie buat time raya. Mak Aznie juga jiran-jiran suka betul kalau Aznie buat ni. Dan selalunya bila time jiran-jiran beraya memang menu ni yang akan Aznie hidangkan. Alhamdulillah berkat perkongsian dari arwah mil Aznie. Aznie Khasri -
Mee Goreng Kangkung Special (Mi Goreng Basah) Mee Goreng Kangkung Special (Mi Goreng Basah)
20/2024 (1565/2K)Harini takde sawi, ada kangkung dalam pasu..guna je lah, asalkan ada sayur dalam mi.Cara Uchu masak mee goreng sentiasa guna cara arwah mak. Kalau tak guna cara arwah mak tu maknanya, Uchu try cooksnap resepi cookpaders lain dengan cara lain.Resepi ni biasanya Uchu buat untuk mi goreng basah. Tapi sebab harini goreng mi untuk breakfast MIL dan husband, juga untuk bekal anak2, Uchu goreng kurang basah supaya mi bekal tu takdelah terkembang pula bila nak makan nanti.Apa specialnya sangat resepi arwah mak ni untuk Uchu? Untuk basahkan mi, arwah mak memang sentiasa akan sediakan rebusan ayam atau daging yang direbus dengan sup bunjut dan serbuk lada hitam ala2 sup macam tu.Biasanya Uchu kalau menunggu tetamu, menunggu waktu makan, atau menunggu waktu berbuka puasa dengan mi goreng basah ni, siapkan mi goreng dahulu, bila dah nak hidang panaskan semula dengan curahkan air rebusan ayam/daging tu..kemudian terus hidang dan makan..Teringat arwah ayah mertua Uchu berkenan dgn mi goreng basah Uchu masak. Pernah satu masa dulu, moyang suami meninggal dunia. Belum keluar pagar tapak perkuburan, arwah ayah mertua dah bagi arahan kat Uchu suruh masak mi goreng basah untuk tahlil malam tu. 😅 sejak tu, terkantoi rahsia Uchu dalam keluarga belah mertua yg Uchu ada bakat memasak dalam kuantiti banyak (kuantiti kenduri).🤣🤣 aduiii..sejak tu lah, Uchu kena jadi antara tukang masak bila balik kampung dan bila berkenduri. Sesimple Loralin -
Mi Rebus Tulang Mi Rebus Tulang
Mi Rebus Tulang.. Kalau setiap kali masak hidangan ni Aznie akan teringat akan arwah mil Aznie.. hubungan Aznie ngan mil memang rapat.. mil seorang yang sangat baik.. banyak yang Aznie belajar darinya.. dulu Aznie pernah duduk selama setahun dengannya.. bila ingat memang sayu sangat.. dia layan Aznie seperti anak sendiri.. banyak petua yang Aznie dapat darinya.. kalau nak tau resepi ni Aznie belajar melalui telefon je.. Aznie memang tak pernah buat mi rebus tapi suka makan.. suatu pagi Aznie telefon mil.. Aznie tanya.. "MAK MACAM MANA NAK BUAT MI REBUS.. GIE (NAMA PANGGILAN AZNIE) TAK PERNAH BUAT.. MAKAN SUKA LA.. "dengar mil ketawa kat telefon.."ALA GIE SENANG JE.. REBUS JE SEMUA TAK PAYAH TUMIS-TUMIS " MAK CAKAP"MACAM MANA TU MAK.. GIE TAK PERNAH BUAT LAGI.. MEMANG TAK TAU..HIHIHI (Aznie pun ketawa jugak)"MACAM NI, REBUS DAGING SIKIT.. PERIUK LAIN REBUS UBI KELEDEK DENGAN KENTANG.........macam tu la terang dengan penuh detail... petua semua dia bagitau.. bila dah siap semua.. telefon lagi mil.. sebab happy sangat.. bagitau mak sedap mi rebus mak semua orang cakap sedap.. ramai mintak resepi.. bole ke ajar.. mak cakap bole.. senang je pun...sekarang Mil dah tak de memang terasa sangat tiap kali buat resepi ni.. Alfatihah buat ibu mertuaku.... Aznie Khasri -
-
Mi Rebus Mil Mi Rebus Mil
Tak pernah jemu dengan menu ni. Resepi dari arwah mil Aznie yang sempat Aznie belajar. Sememangnya sedap. Aznie tak guna udang kering sebab tak suka bau dia. Guna udang segar lagi sedap dan kuah jadi manis. Selamat mencuba semua. Aznie Khasri -
Mi Goreng Daging Mi Goreng Daging
#goldenapron #minggukeduabelas #minggu12 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Hujung minggu ni adakalanya CN malas nak memasak. Hahaha. Almaklumlah hari untuk berehat-rehat kan? Tapi Encik Suami ada di rumah ni, kenalah memasak juga. Bak kata orang lama, air tangan isteri lah pengerat kasih sayang sesama suami isteri. Ewah. 😁Encik Suami request menu simple saja hari ini. Kebetulan seharian hujan di tempat kami, jadi CN masak Mi Goreng Daging seperti yang suami minta. Mi Goreng ni, CN gunakan Mi Kering yang tiada perisa. Mi ini CN kenal dari Bapak Tiri CN. Bapak CN ni orang Cina Mualaf. Dari beliaulah CN belajar tentang makanan Cina. Hahaha. Bapak CN suka makan Mi Kering ni. Jadi anak dia pun terikut lah sama kan? Menantu pun sama juga. Hihi.Mi Kering ni tak perlu direbus lama ye kawan-kawan. Memadailah ia nampak lembut sedikit. CN suka mi yang sedikit kenyal. Baru ada feel untuk makan. Mi ini selain digoreng, boleh juga dinikmati dengan sup. Ala macam kita makan Maggi semua tu lah ye. Tapi menariknya, sup tu kita buat sendiri tanpa guna perencah. Lebih baik untuk kesihatan.Apa-apa jemput cuba dulu ya. 😍😍😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Mee Rebus Ubi Keledek Mee Rebus Ubi Keledek
Istimewanya mee rebus ini terletak pada kuahnya yang menggunakan ubi keledek . Menu ini diperkenalkan oleh ibu mertua saya. Sangat enak dan sesuai di hidang semasa perayaan juga. Selamat mencuba.#myfirstrecipe2020#goldenapron2020 fathiyah abdullah -
Mee Rebus Tulang Rusuk Mee Rebus Tulang Rusuk
172/2022/RoadtoWorldRecipes/1290❤️ Citarasa Selatan - Lembu [Week 3] ❤️#MerdekaMonthSejujurnya ni satu-satunya resipi yang hakak masak semula yang hakak follow 100% bahan dan langkah penyediaannya. Ternyata resipi arwah mak mentua Kak Aznie @Sirap_Cheese ni memang terbaik dan sedap 🤤🤤🤤🤤🤤..Kebetulan masa masak mi rebus ni sabtu lalu, adik datang rumah. Alhamdulillah rezeki dapat dikongsi bersama-sama. Adik ipar puji sedap. Siap minta resipi lagi🤭 Suami hakak usah cakap ler. Memang hobi dia memuji bini dia masak 😆Alhamdulillah. Thank you Kak Aznie untuk resipi superb ni 🥰❤️🌹 Salina Jalaludin -
Mi /Mee Goreng Basah Mok Tunggal (Something To Remember: Tribute to Arwah Mak) Mi /Mee Goreng Basah Mok Tunggal (Something To Remember: Tribute to Arwah Mak)
#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakResepi arwah mak. Ada rahsia dalam membangkitkan rasa mi goreng basah ni. Rasanya umphh! Uchu tak pernah tengok orang lain buat mcm arwah mak.Mi goreng basah arwah mak ni ada kelainan siikiitt je daripada yang biasa kita lihat orang lain biasa masak dengan bahan rahsia yang tidak susah pun. Uchu tak pernah masak mi goreng basah cara lain selain cara arwah mak.Mok Tunggal panggilan anak2 sedara sebelah arwah abah sebab arwah mak anak tunggal. Uchu kongsikan supaya sahabat semua pun boleh mencuba. Semoga bermanfaat dan menjadi pahala buat arwah. Sesimple Loralin -
Daging & Paru Masak Sambal Kicap Mak Misah Daging & Paru Masak Sambal Kicap Mak Misah
#potluckmemory #goldenapronABAIKAN GAMBAR SEMENTARA INI😅.Resipi ni asal dari arwah Tok. Memang favourite tiap kali balik kampung. Selalu masak dengan hati lembu jugak. Tapi tadi cari takde lak. Belajar masak dari mak mertua malam ni untuk bawak ke potluck #perakpenang.Semoga Cookpaders & MinKana suka. 💕 MinSha
Lebih Banyak Resipi
Komen