Nasi Goreng Campak-campak PKP

Orang dulu-dulu kalau nasi semalam tak habis, lauk tak habis.. dah tahu menu apa pagi esok. Cuma sekarang bila memasak ikut selera anak2. Klau tak. Nasi boleh disimpan dan boleh digoreng pada hari lain. Dari kecil dah terbiasa dgn menu nasi goreng.. sampai skrg jadi kegemaran anak-anak juga. tak kisah dah berapa kalori. istimewanya nasi goreng ni, boleh dipelbagaikan ikut bahan apa yg tinggal. Pasti menjadi... #cookpadmalaysia #dudukrumah
Nasi Goreng Campak-campak PKP
Orang dulu-dulu kalau nasi semalam tak habis, lauk tak habis.. dah tahu menu apa pagi esok. Cuma sekarang bila memasak ikut selera anak2. Klau tak. Nasi boleh disimpan dan boleh digoreng pada hari lain. Dari kecil dah terbiasa dgn menu nasi goreng.. sampai skrg jadi kegemaran anak-anak juga. tak kisah dah berapa kalori. istimewanya nasi goreng ni, boleh dipelbagaikan ikut bahan apa yg tinggal. Pasti menjadi... #cookpadmalaysia #dudukrumah
Cara Memasak
- 1
Tumis bawang putih, bawang besar, cili paste/sambal belacan
- 2
Masukkan telur,sayur, dan ikan goreng
- 3
Masukkan nasi
- 4
Tabur garam dan lada sulah
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Sardin Nasi Goreng Sardin
#leftover#saturesipisatupohonSudah menjadi kebiasaan saya bila lebihan nasi tak habis, saya akan buat nasi goreng.tapi kali ini saya cuba membuat nasi goreng sardin. ternyata nasi goreng sardin ini sangat sedap.anak sulung saya sampai tambah dua kali 😄 DapurComel Yanti -
Nasi goreng dulu2 Nasi goreng dulu2
#goldenapron #saturesepisatupohon#mingguke18Masa saya kecik2 dulu klu nasi tak habis mak saya selalu goreng pagi esok nya rencah guna ikan goreng yg x habis juga.Sedap betul mkn nasi goreng panas2. Zieta Ali -
Nasi Goreng Isi Ikan Nasi Goreng Isi Ikan
Lepas berbuka ja, anak yang bungsu tanya, menu nasi goreng apa sahur nanti. Tu la hari-hari soalan dia. Ni dia yang cadangkan buat ni sebab ada lebihan ikan kembung goreng. LATIPAH NAWAWI -
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina
#goldenapronJika makan diluar, tak sah kalau anak-anak tak order menu Nasi Goreng Cina. Sekarang, bila maknya dah selalu sediakan dirumah, jarang sekali saat makan diluar ada yang nak order menu ini. Norida Alias -
Nostalgia Nasi Goreng Kunyit Cili kering Airtangan "Emak" Nostalgia Nasi Goreng Kunyit Cili kering Airtangan "Emak"
👩🍳673👩🍳🍽111/2023🍽Terkenang Semasa Dulu🕰️Nostalgia nasi goreng kunyit cili kering ini menggamit kenangan zaman kecik2 dulu.Ia adalah menu yang boleh dikatakan setiap hari emak ummi akan masak untuk sarapan kami sekeluarga masa ummi dibangku sekolah dulu.Dulu hidup susah dan sarapan wajib setiap pagi adalah nasi goreng.Kadang2 emak buatkan nasi goreng bawang je.Kalau ada lebihan ikan goreng mak buat nasi goreng kunyit cili kering yang dicampur bersama lebihan ikan semalam dan digoreng pula dengan lebihan minyak goreng ikan tersebut Dulu mana ada menu sedap2 seperti nasi lemak atau mee goreng dan sebagainya.Malam mesti emak akan masak nasi lebih sebab keesokannya akan digoreng.itulah bekal ummi ke sekolah dan emak ke kebun menoreh getah setiap hari.Airtangan emak mana boleh ditandingi oleh sesiapapun kan.Biarpun hanya nasi sejuk dengan bawang digoreng ia sudah cukup istimewa bagi anak2.Sekarang emak dah tak boleh masakkan lagi untuk kami adik beradik.Emak dah tak berdaya nak bergerak macam dulu lagi.ummi selalu juga buatkan nasi goreng ni untuk anak ummi rizqi .Dia pun suka sangat makan nasi goreng .Rindu pula dekat emak.Beginilah nasib hidup berjauhan dengan insan tersayang yang bernama "Ibu"🥰#TerkenangSemasaDulu Q'leenalee's Kitchen -
Nasi Goreng Sotong Kering Nasi Goreng Sotong Kering
#goldenapronJangan dibazirkan nasi lebihan semalam,lauk pauk lebihan pon boleh simpan dulu dalam peti,macam sotong kering ni. Boleh dijadikan menu untuk sarapan pagi. Kisahnya semalam, nasi banyak lebih.. Sambal sotong kering pon ada lebihan dalam peti. Tak payah fikirkan dah apa nak disediakan untuk sarapan pagi. Menu nasi goreng pasti semua suka. Tadaaa siap nasi goreng Sotong Kering campak-campak je u ollzz apa bahan yang u ollzz suka.[sotong kering ni ada proses-proses tertentu supaya kembang dan lembut dengan elok.. Jika salah proses tak jadi yeee... Nanti saya share cara-caranya]... Norida Alias -
Nasi Goreng Perencah Segera Adabi Nasi Goreng Perencah Segera Adabi
Nasi goreng yang paling senang, cepat dan mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak buat rencah nasi goreng, tak perlu nak tumbuk-tumbuk rencah guna lesung batu..Guna je serbuk perencah nasi goreng dari Adabi.. Sedap secukup rasa dah tak perlu nak tambah garam dan perasa...Perencah nasi goreng adabi ni tak pedas. Memang sesuai untuk dijadikan hidangkan anak-anak. Noor Atika Mahamood -
Cucur Nasi Ikan Goreng Cucur Nasi Ikan Goreng
Cucur Nasi Ikan Goreng.Nasi tak habis ada sejemput, ikan goreng pun tak habis.Nak buang sayang, membazir.Nak buat nasi goreng, tak cukup.Apa lagi, blend nasi, ambik isi ikan goreng, buat cekodok/cucur.Habis licin.Alhamdulillah 💜 Kakak Faa -
Nasi Goreng Ikan Masin Kembung Nasi Goreng Ikan Masin Kembung
Quick Fix ⏳Bila dah tak tahu nak masak apa di waktu malam dan perut pulak tengah main lagu keroncong untuk Ana, tak kisah lah nak masak apa janji yang boleh mengenyangkan dan halal. Cuaca asyik hujan menyebabkan perut terasa laparrr jerrr 😆. Tengahari tadi masak kuetiau goreng jer. Selongkar peti sejuk ada nasi sejuk, ikan masin kembung goreng dan telur serta sayur kacang panjang. Saje jer tambah lobak merah untuk bagi seri dan khasiat. Boleh dikatogeri makanan #mottainai juga lah sebab penggunaan lebihan makanan yang ada. Alhamdulillah sedap. Dapur Yusfarisyia -
Nasi goreng Nasi goreng
#goldenapron2020Sarapan yang amat senang...Nasi goreng..Ada nasi lebih ,esok pgi boleh goreng..bbuh je sayur apa yg ada..tak perlu ayam ,udang ,sotong..Dah cukup sedap tu😁 Anur Musa -
👩🍳Nasi Goreng Kampung 👩🍳Nasi Goreng Kampung
Setiap pagi jika ada nasi tak habis, memang breakfast nasi goreng lah alamatnya.Jenuh juga fikir bagaimana lagi nak goreng nasi..Kalau boleh tak nak repeat resipi, maka mulalah cari akal nak tambah bahan apa. So pagi ni kita goreng nasi goreng kampung, kita adjust bahan apa yang ada dalam peti ais.#Pejuang2KResipi1628/2K Mahadiah -
Nasi Goreng Tomyam Nasi Goreng Tomyam
Paste tomyam dalam botol kaca tu dah lebih setahun tersimpan dalam peti ais. Kakak saya hadiahkan sempena beliau berjalan-jalan ke Thailand pada tahun 2019. Saya jarang masak lauk tomyam sebab anak-anak tak berapa gemar.Baru-baru ni Mak saya ada datang melawat anak-anak yg baru berkhatan. Mak saya minta saya buatkan nasi goreng dari lebihan nasi semalam, dan suruh saya masukkan sedikit paste tomyam sebagai pembangkit rasa.Wah, sedap rupanya!Anak-anak saya pun makan bertambah bila saya buatkan nasi goreng tomyam ni. Nampaknya bolehlah saya ulang masak nasi goreng tomyam ni selalu untuk habiskan paste tomyam sebelum luput tarikhnya tak lama lagi. Elak mottainai gitu.. 😁#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn
Lebih Banyak Resipi
Komen