Sayur Celur Dengan Sambal Udang Kering

Hidangan ini sangatlah mudah untuk disediakan. Bahannya pun mudah didapati di kedai-kedai runcit di Malaysia. Pelbagai jenis sayuran boleh digunakan seperti bendi, taugeh, kailan dan sebagainya.
Saya suka makan bendi tetapi suami tak suka. Jadi, saya celur juga sedikit kailan. Kemudian, curah saja sambal yang sama. Mudah sekali!
Sayur Celur Dengan Sambal Udang Kering
Hidangan ini sangatlah mudah untuk disediakan. Bahannya pun mudah didapati di kedai-kedai runcit di Malaysia. Pelbagai jenis sayuran boleh digunakan seperti bendi, taugeh, kailan dan sebagainya.
Saya suka makan bendi tetapi suami tak suka. Jadi, saya celur juga sedikit kailan. Kemudian, curah saja sambal yang sama. Mudah sekali!
Cara Memasak
- 1
Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan sayur. Sayur hanya memerlukan sekitar 30 saat hingga 1 minit untuk dicelur.
- 2
Keluarkan sayur, tos dan terus masukkan ke mangkuk yang berisi air sejuk untuk menghentikan proses memasak supaya sayur tidak terlebih masak, kekal hijau dan sedap. Kemudian, tos lagi dan letak atas pinggan hidangan.
- 3
Cincang bawang putih dan udang kering. Cili padi dihiris. Campurkan sos tiram dan kicap cair dalam mangkuk dan kacau rata.
- 4
Panaskan minyak masak dengan api sederhana kecil. Tumis bawang putih, udang kering dan cili padi sehingga bawang putih sedikit keperangan. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau.
- 5
Tutup api. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan segera tuang semuanya ke atas sayur yang telah dihidangkan. Sedia untuk dimakan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Taugeh Celur Taugeh Celur
Kalau pergi The Chicken Rice Shop, wajib order taugeh ni.Ratah je soooo sedap.Kebetulan, Angah masak nasi ayam.Terus laa kita buat Taugeh Celur ala ala TCRS ni. Kakak Faa -
Taugeh Celur Taugeh Celur
032/May2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2192 #TerusMelangkah3k❤️ Supplement Melalui Pemakanan 🥑🥕🫑 ❤️Taugeh dikatakan antara sayur yang terbaik untuk mereka yang TTC ( trying to conceive) / planning untuk pregnant.Taugeh mengandungi B6 - asid folic, iaitu vitamin yang penting untuk kesihatan darah & untuk membantu kehamilan. Kandungan vitamin E yang terdapat dalam taugeh, khususnya E-alpha, sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan bagi suami. Serta baik untuk meningkatkan tahap kesuburan telur / ovum bagi isteri. (Sumber : Goggle)Jadi sebaiknya dimakan mentah. Kalau celur pun sekejap cukup untuk mengekalkan zatnya. Macam ni hakak celur 10saat. Pastu hidang bersama-sama kuah kicap ala2 taugeh chicken rice shop gituu 😌. Sedap tu mestilah. Makan dengan nasi panas. Ngam teruk 😋 Salina Jalaludin -
Bendi Sambal Udang Kering Bendi Sambal Udang Kering
306/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1701 #pejuang2kresipi❤️ Menu Rahmah di Rumah 🏠 ❤️Set bendi begini jika makan di kedai nasi ayam untuk saiz regular RM12.90. Yang besar RM14.90. Jika masak di rumah. Bendi tu hakak beli dalam RM1.50 untuk 15biji macam tu. So ni masak dalam 8biji je. Campur kos udang kering, chili flakes, garlic serta bahan perasa macam sos tiram, sos ikan dan gula. Masih jauh lebih murah dan menjimatkan. Rasa pun tidak kurang sedap juga 😋.Inspirasi resipi ni daripada @KhuzaiYL 😊. Terima kasih yer❤️ Salina Jalaludin -
Bendi Rebus Sambal Udang Bendi Rebus Sambal Udang
Inspirasi resepi drpd ig dapur chefbonda. Harini masak banyak lauk. Sesi nak perabiskan stok sayuran lama di peti sejuk. Takut terlupa nak masak lepas beli stok sayuran baru pulak 😅. aFun ashriati -
Sambal Bendi Nyonya (Udang Kering) Sambal Bendi Nyonya (Udang Kering)
#MasakanNyonya #ResepiMudah88/2022Bendi merah hasil bercucuk tanam.Husben Uchu beli benih bendi merah pastu tunjukkan pada Uchu. Laaaa..kenapa tak beli benih bendi hijau je, bendi merah ni tak berapa manis rasanya.. Pok Chan kata, dia tak tahu,tapi nampak cantik je warna merah katanya. 😄Ada yang Pok Chan celur sendiri untuk buat ulam budu, pelik dan magic pulak bila dia nengok warna bendi merah dah jadi hijau bila kena air panas..hehe. Magic la sangat.. Sesimple Loralin -
Bendi Goreng Udang Kering Bendi Goreng Udang Kering
Resepi lebih kurang macam bendi rebus sambal udang kering atau bendi ala ciken rice shop. Cuma kali ni sy masak bersama, tak asing2 sambal dan bendi . Bahan nak masak sangat mudah dan tak pakai banyak bahan pun . aFun ashriati -
👩🍳Bendi Celur Bawang Putih (Vitamin & Mineral) 👩🍳Bendi Celur Bawang Putih (Vitamin & Mineral)
Supplement Melalui Pemakanan 🥑🥕🫑Siapa tak kenal Kacang Bendi (Abelmoschus esculentus) yang dikatakan sebagai ‘Super food’ kerana pelbagai khasiat nutriennya.Makan bendi sekali atau dua kali seminggu untuk mendapat sumber nutrien yang sesuai dengan keperluan badan kita.🔹Buah Bendi kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam mineral penting spt kalsium dan kalium.Vitamin seperti vit A, B9 ( folate), C dan K.🔹Tinggi Serat/ fiber- Kawal kandungangula dalam darah. Sesuai utk pesakit diabetes.Mencegah masaalah sembelit.🔹Vitamin K-Bantu proses pembekuan darah & cegah osteoporosis🔹Vitamin C- Tingkatkan imuniti badan dan kesihatan kulit🔹Vitamin A- penjagaan mata dan kecantikan kulit🔹Kaya protein seperti Lektin•Kurangkan risiko kanser dan Pektin- Tingkatkan kesihatan jantung🔹Tinggi Kalsium- pembentukan tulang🔹Kalium- kawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung🔹Bendi Boleh dimasak dengan cara mencelur sekejap didalam air mendidih, angkat dan rendam satu minit didalam air sejuk. Boleh juga digoreng (stir fry) dengan bahan lain tanpa menghilangkan nutrien yang ada.🔹Tips bendi tak berlendir jika hendak digoreng:Jangan potong awal. Potong semasa nak masak. Basuh bendi sebelum potong. Toskan bendi sehingga kering. Lap kering jika perlu.🔹Nota:Bagi menu ini; Sumber nutrien juga diperolehi dari bawang putih🧄🧄Khasiat bawang putih akan dibincangkan nanti.#SupplementMelaluiPemakanan#ChallengeMei2460/3K84/2025 Mahadiah -
Chee Cheong Fun (versi mudah) 🇭🇰 Chee Cheong Fun (versi mudah) 🇭🇰
Chee cheong fun adalah hidangan makanan kantonis dari Hong Kong. Gulungan dari tepung beras yang diisi inti pelbagai seperti udang dan daun bawang. Kebiasaannya ada dijual kedai dim sum.Kaedahnya sama seperti membuat laksam yang memerlukan bancuhan distim kemudian digulung. Cara pembuatan yang mungkin rumit kerana perlu membuat kepingan gulungan banyak kali. Saya menggunakan lebihan kulit popia vietnam dalam simpanan sebagai cara mudah.#CookEveryPart3#Substitute Mizzanem -
Sup sayur telur Sup sayur telur
Sangat mudah, ringkas dan berkhasiat.Yang penting bahan-bahannya murah dan mudah didapati di pasar mahupun cuma di 99 Speed Mart. Najwa Nordin -
Tomatokra Udang Kering Tomatokra Udang Kering
Resipi ini ringkas untuk mereka yang kejar masa. Okra itu nama lain untuk sayur bendi @ ladies finger.. #phopxcookpad2020 imel_recipe -
Nasi Goreng U.S.A Nasi Goreng U.S.A
Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung dan Restoran ala siam.Nasi goreng USA adalah singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam.Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong & ayam.Walaupun penggunaan istilah "USA" namun, makanan ini tidak mempunyai asal-usul dari negara USA.Nasi goreng USA yg saya buat ni ikut versi kedai makan siam. Biasanya kedai makan siam akan letakkan daging masak merah bersama dgn telur mata dan sosej. Kebetulan masak lauk daging merah ada lebih. So kita buat nasi goreng USA. Noor Atika Mahamood -
Sambal Petai Udang Harimau Menangis Sambal Petai Udang Harimau Menangis
Sambal petai dan udang memang favourite saya sekeluarga. Cuma kali ni terpedas sikit. Sebab cili kering yang digunakan, tersangatlah pedas. Cili ni beli kat kedai runcit, baru buka packingnya. Ingatkan tahap kepedasannya macam selalu.. rupanya tidak. Lebih pedas dari biasa. Maka berjujuran la air mata bila makan sambal ni. Rose Nani Nizah Nayan
Lebih Banyak Resipi
Komen