Bubur sum sum cara mudah

Harith Hidayat
Harith Hidayat @cook_22637031
Kluang

Saya sebenarnya terngiang-ngiang makanan arwah nenek saya masa kecil2 dulu, jadi terhasil la bubur sum-sum cara saya.

Bubur sum sum cara mudah

Saya sebenarnya terngiang-ngiang makanan arwah nenek saya masa kecil2 dulu, jadi terhasil la bubur sum-sum cara saya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1mangkuk tepung beras
  2. 4mangkuk kecil air
  3. Daunpandan (ikut korang nak wangi mana)
  4. 200 mlsantan kotak kara (untuk kelemakkanya ikut korang la ye)
  5. Garam secukup rasa
  6. Gula melaka (ikut kemanisan korang nak)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan untuk buat sum2 dulu

  2. 2

    Tapis tepung beras

  3. 3

    Letak kan 1 mangkuk air, santan, garam secukup rasa, dan gaulkan sehingga sebati.

  4. 4

    Ambil bahan2 yang telah digaul dan ingat sebelum letak ke kuali letak dulu pewarna dalam bahan yang korang gaul tadi (saya terlupa letak pewarna sebenarnya tadi) ingat juga ya, buka api tu kecil saja dan kacau sentiasa jangan leka dan sibuk main pacebuk tau nanti melekat tak tahu.

  5. 5

    Kalau masa gaul tu likat, korang amik satu mangkuk lagi air dan masuk kan sikit demi sedikit supaya sum2 nya mudah untuk digaul, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras tau sedang2 sahaja.

  6. 6

    Lepas dah siap terus letak dalam mangkuk dan korang ratakan macam kek tau.pastu simpan dalam peti sejuk.

  7. 7

    Terus ke bahagian gula melaka. Amik bahan, gula melaka, air 2 mangkuk kecil, dan daun pandan.

  8. 8

    Masukbje terus dalam periuk bahan2 tadi dan tunggu sampai air gula nya menjadi hitam sikit. Simple kan

  9. 9

    Ok dah siap. Macam saya suka letak susu cair. Korang kalau nak try letak susu cair try la ye. Dah boleh makan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Harith Hidayat
Harith Hidayat @cook_22637031
pada
Kluang
Minat masak tapi tu la. Banyak benda nak masak. 😅
Baca lagi

Komen (3)

Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
Saya dulu2 pun masa kecik makan bubur sum sum ni. Sedap. Lemak. Lama dah xbuat dan xjumpa. Tengok harith punya pos ni tetiba teringat masa kecik2. Nanti boleh cuba buat.

Resipi Sepertinya