Daging Masak Hitam berempah

Muhd Taufik
Muhd Taufik @cook_22801357
Gurun

Daging Masak Hitam berempah

9 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgdaging lembu(seeloknya bahagian berlemak lebih sedap)
  2. 1 kotakkecik santan kara
  3. 5biji bawang besar
  4. 7 ulasbawang putih
  5. Halia ikut suka nak besar mana
  6. Gula merah
  7. Asam jawa pes adabi
  8. Rempah kari faiza paket besar 1 paket
  9. Minyak
  10. Daunkari lebihkan
  11. 4sekawan
  12. Garam
  13. Perasa hilal
  14. Susu cair (tak wajib)
  15. Serbuk cili
  16. Kicap mudim botol merah
  17. Bahagian A
  18. Blend bawang besar, halia dan bawang putih
  19. Bahagian B
  20. Rebus daging sehingga empuk.. Jangan buang air rebusan

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak.. Tumis bahan blend tadi, agak wangi masukkan daun kari, 4 sekawan kacau sehingga naik bau dan garing

  2. 2

    Masukkan sedikit serbuk cili, tumis sehingga garing.. Perlahankan api... Masukkan serbuk faiza... Tumis sampai kering n naik bau rempah baru masukkan air rebusan.. Jgn terlalu cair.. Kerana masak hitam perlu pekat likat... Kalau ceroi memg x cantik..

  3. 3

    Setelah masukkan air, api sederhana ya..masukkan daging.. Masukkan sedikit pes asam jawa.. Agak2 ya jgn terlalu masam.. Masukkan gula merah.. Jangan taruk garam dahulu.. Kerana kena bubuh kicap Sebb kicap pun memg dah masin... Masukkan hilal... Ok masukkan kicap sehingga warna kari menjadi hitam.. Ingat.. Jgn masukkan garam sebelum kicap ya..

  4. 4

    OK bila dh hitam rasa.. Ada rasa sedikit masam manis dan masin.. Kalau x masin barulah tambah garam ikut selera.. Last masukkan susu cair dan santan ya.. N biarkan sehingga sebati dalam keadaan api yg slow.. Ok siap dimakan bersama ketupat.. Roti.. Nasi.. Memg paduuu.. Kalau ada nasi biryani lagi masuk.. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Muhd Taufik
Muhd Taufik @cook_22801357
pada
Gurun
Pengusaha mini Katering dan Nasi Biryani Pakistan
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya