Ayam Merah Ala² Kenduri Berkacang

Zull Hans
Zull Hans @cook_21531149
Kuching SARAWAK

Resepi saya sendiri untuk sahabat² yang suka memasak..saya tambahkan sedikit kacang tanah yang dah ditumbuk..selamat mencuba untuk juadah berbuka ye..🥰🥰
#goldenapron2020

Ayam Merah Ala² Kenduri Berkacang

13 orang bercadang membuatnya

Resepi saya sendiri untuk sahabat² yang suka memasak..saya tambahkan sedikit kacang tanah yang dah ditumbuk..selamat mencuba untuk juadah berbuka ye..🥰🥰
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8 orang
  1. 1Ekor Ayam Sederhana Besar
  2. 5Biji Bawang Merah (dihiris)*
  3. 5Biji Bawang Putih (dihiris)*
  4. 8Biji Cili Kering Direndam *
  5. 1SB Jintan Manis*
  6. 1SB Serbuk Kayu Manis*
  7. 1 1/2inci Halia (hiris)*
  8. 1 1/2inci Lengkuas (hiris)*
  9. 2 HelaiSerai (hiris)*
  10. Rempah 3 sekawan
  11. 2SB Minyak Sapi
  12. 1/2 TinTomato Puri
  13. 3SB Sos Tomato
  14. Sedikitair
  15. 100 gmKacang Tanah Yang Dah Ditumbuk (optional)
  16. Serbuk kunyit secukupnya untuk mengoreng
  17. Gula Melaka
  18. Garam
  19. 2Biji Bawang Holland
  20. 3 HelaiDaun Bawang

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar kesemua bahan² yang bertanda *..

  2. 2

    Ayam digoreng yang sudah digaul dgn serbuk kunyit..goreng dengan separuh masak sahaja..

  3. 3

    Tumis bahan yang dah dikisar,dengan minyak sapi dan sedikit minyak yang dipakai goreng ayam tadi..tumis bersama rempah 3 sekawan..Tumis sehingga naik bau dan tambah sedikit air..

  4. 4

    Masukkan tomato puri dan sos tomato,gaul lagi dengan sidikit air..dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi..dan masuk sekali Gula dan Garam..gaul dengan api yang kecil..dan biarkan sekejap.

  5. 5

    Apabila sudah masak,masukkan bawang holland,kacang tanah dan daun sup yang sudah dihiris,gaulkan lagi...dan siap dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zull Hans
Zull Hans @cook_21531149
pada
Kuching SARAWAK
saya lebih suka memasak,dan mencipta makanan..dan juga berminat untuk mencipta kek lapis sarawak yang premium..kalau ada yang berminat untuk tempahan,sila inform ye 😊@DapurOrangBujang 😎
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya