Kacang Panggang Ala Pool

Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
Perak, Malaysia

Teringin nak makan kacang pool yg dibuat sendiri tapi kacang pool dalam tin susah nak dapat. Jadi, saya pakai kacang panggang dalam tin tu je la. Sedap dia lain macam. Menyesal buat sikit. Ahahaha... 😂😂😂😂😂 #goldenapron2020

Kacang Panggang Ala Pool

8 orang bercadang membuatnya

Teringin nak makan kacang pool yg dibuat sendiri tapi kacang pool dalam tin susah nak dapat. Jadi, saya pakai kacang panggang dalam tin tu je la. Sedap dia lain macam. Menyesal buat sikit. Ahahaha... 😂😂😂😂😂 #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
6 orang
  1. 1 tinkacang panggang (425 gram)
  2. 200 gramdaging
  3. 1biji bawang merah
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 1/2inci halia
  6. 1sdb cili giling
  7. 1biji tomato
  8. 2sdb serbuk kari
  9. 1/2sdb serbuk ketumbar
  10. 1/2sdb serbuk jintan manis
  11. 1sdb gula melaka
  12. 1sdk garam
  13. 1/2sdk serbuk perasa
  14. 1 cawanair
  15. 3sdb minyak
  16. Kemasan Akhir
  17. Telur mata tiga suku
  18. Minyak sapi yang dicairkan
  19. Bawang merah cincang kasar
  20. Tomato cincang kasar
  21. Limau kasturi

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tomato pula dipotong dadu.

  2. 2

    Cincang daging atau terus guna daging cincang yang dah ada jual kat pasar raya.

  3. 3

    Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar. Masukkan juga cili giling dan tomato yang telah dipotong dadu. Tumis hingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan gula melaka. Tumis seketika.

  5. 5
  6. 6

    Masukkan daging yang telah dicincang. Biarkan hingga daging masak.

  7. 7

    Sementara itu, kisar 1/3 tin kacang panggang dengan sedikit air.

  8. 8

    Masukkan kacang panggang yang telah dikisar dan baki yang tidak dikisar ke dalam kuali bersama-sama bahan tumis. Masukkan air. Biarkan bahan-bahan mesra.

  9. 9

    Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacau mesra. Siap.

  10. 10

    Sudah boleh dimakan tetapi jauh lebih enak jika disertakan dengan kemasan akhir iaitu sesudu minyak sapi yang dicairkan, telur mata tiga suku, bawang merah cincang kasar, tomato cincang kasar dan perahan limau kasturi. Makan je dengan apa2 jenis roti. Selamat mencuba 😁

  11. 11
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
pada
Perak, Malaysia
😀😄😉☺ masak guna hati 😁🥰😎😋
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya