Seri Muka Tanpa Telur

Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071

Satu lagi resepi dari Mbah yang dirindui anak-anak. Seperti biasa, kuih talam di rumah saya memang mustahil untuk dipotong dengan cantik sebab saya tidak mampu melayan soalan anak-anak "dah siap?" dan "boleh makan sekarang?" yang diajukan bertubi-tubi selagi kuih belum dipotong. Untuk ketenangan hati sendiri, saya anggap sahaja potongan comot itu adalah gaya tersendiri. Orang putih kata "rustic".

Yang penting, rasanya cukup sedap. Lapisan atasnya manis dan lembut, tidak kenyal. Teksturnya seperti bubur yang kental. Lapisan bawah pula lemak masin. Apabila bergabung di dalam mulut, kombinasi rasa dan teksturnya sangat sempurna. Oleh kerana ianya dibuat tanpa telur, tiada rasa muak.

Warnanya ialah warna asli pandan semata-mata kerana di rumah ini, saya tidak memasak menggunakan sebarang pewarna tiruan.

#phopxcookpad2020

Seri Muka Tanpa Telur

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 jam
8 orang
  1. 2 cawanberas pulut
  2. 2 cawansantan
  3. 1 sudu tehgaram
  4. 1/2 cawantepung gandum
  5. 1/2 cawantepung beras
  6. 3/4 cawangula
  7. 3 cawansantan
  8. 8 helaidaun pandan

Cara Memasak

5 jam
  1. 1

    Cuci beras pulut. Kemudian rendam selama 1 jam.

  2. 2

    Tos beras pulut, masukkan ke dalam loyang bersama 2 cawan santan dan 1 sudu teh garam. Kukus selama 30 minit. Santan yang saya gunakan ialah gabungan perahan pertama dan perahan kedua. Jadi ianya tidak pekat dan tidak cair.

  3. 3

    Sementara menunggu pulut masak, kita sediakan lapisan atasnya. Kisar 8 helai daun pandan dengan 2 cawan santan. Tapis dan perah ke dalam mangkuk. Masukkan baki 1 cawan lagi santan, tepung gandum dan tepung beras.

  4. 4

    Kacau adunan hingga sebati. Tapis dan masukkan ke dalam periuk bersama gula.

  5. 5

    Masak adunan atas api sederhana, sentiasa kacau sehingga pekat. Tutup api dan terus mengacau sehingga tiada ketulan.

  6. 6

    Oles loyang 9" dengan minyak. Boleh juga lapik dengan daun pisang atau kertas untuk elakkan melekat dan mudah dikeluarkan.

  7. 7

    Keluarkan pulut dari kukusan. Kacau-kacau pulut supaya santan dan garamnya rata. Tuang ke dalam loyang yang sudah dioles dengan minyak tadi. Tekan supaya rata tetapi janganlah terlalu padat. Gores-goreskan permukaan pulut dengan garfu supaya lapisan atasnya boleh melekat dengan baik pada lapisan bawah, dan tidak terpisah.

  8. 8

    Tuang adunan lapisan atas ke atas pulut. Kukus selama 1 jam.

  9. 9

    Keluarkan kuih dari kukusan dan biarkan ia mencapai suhu bilik secara keseluruhan. Ini mungkin mengambil masa yang lama. Sekitar 2 jam. Barulah boleh dipotong dengan cantik. Sesuatu yang agak mustahil sekiranya ada anak kecil yang tidak sabar menanti. Kadang-kadang saya masukkan dalam peti sejuk beku untuk mempercepatkan proses, namun hasilnya kurang cantik. Cara lain ialah saya buat 2 loyang. 1 loyang 8"dan 1 loyang kecil 4". Anak-anak boleh makan yang di loyang kecil itu dengan sudu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fariza Halim
Fariza Halim @cook_19644071
pada

Komen

Resipi Sepertinya