Kuih ropal

nor farzana abdul haris
nor farzana abdul haris @nfarzanaharis

Kuih ini dibuat sebab teringin, hampir 3 bulan takdapat balik terengganu kerana pkp. Jadinya ini versi yg ada kentang/keledek. Kebiasaannya ropal di terengganu lebih kepada inti sambal ikan. Boleh ubah ikut selera yaa 💕

Kuih ropal

7 orang bercadang membuatnya

Kuih ini dibuat sebab teringin, hampir 3 bulan takdapat balik terengganu kerana pkp. Jadinya ini versi yg ada kentang/keledek. Kebiasaannya ropal di terengganu lebih kepada inti sambal ikan. Boleh ubah ikut selera yaa 💕

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Inti:
  2. 2-3biji keledek/kentang sedang
  3. 1/2biji Bawang Holland
  4. 1/2peket ayam/daging kisar
  5. 2sdb Cili kisar
  6. 2sdb rempah Kari
  7. Sedikitdaun kari
  8. Kulit ropal:
  9. 2 cawantepung gandum
  10. 1biji telur
  11. Air secukupnya
  12. SedikitPewarna kuning

Cara Memasak

  1. 1

    Mula-mula potong dadu ubi dan bawang Holland dan ketepikan. Satukan cili kisar dan rempah kari sebelum ditumis.

  2. 2

    Masukkan minyak utk menumis. Tumis bawang sampai naik bau dan masukkan bahan yg telah disatukan. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam/daging kisar dang kacau sebati. Apabila sudah agak garing, masukkan ubi yg dipotong dadu. Masukkan air dan biarkan sampai kering. Garam dan gula jangan lupa yaa.

  3. 3

    Ketepikan bahagian inti tadi. Sekarang utk bahagian kulit pula. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati tanpa ada ketulan gandum. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masukkan sedikit Pewarna kuning agar kulit kuih kita tak pucat.

  4. 4

    Seterusnya, panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak agar adunan tak melekat pada kuali. Masukkan adunan secara nipis dan biarkan hingga masak, jangan terlalu lama sampai hangit yaa.

  5. 5

    Tips dari mak sis: bila dah gelembung tu dah masak kiranya. Boleh keluarkan dari kuali dan sejukkan seketika sebelum kita masukkan inti. Kulit kuih perlu digulung seperti popia yaa.

  6. 6

    Jika kulit ropal merekah atau senang koyak, adunan perlu di adjust kerana mungkin adunan terlalu pekat. Ini hasil utk disimpan didalam peti. Boleh goreng terus bila nak makan. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
nor farzana abdul haris
nor farzana abdul haris @nfarzanaharis
pada

Komen

Resipi Sepertinya