Kuih Bakar Pandan Keto

Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
Kota Kinabalu, Sabah

#bazarramadhan #minggu4 #goldenapron2020 #minggu3 ...... Bagi yang craving kuih perasa pandan, jom tengok resepi mudah ini, hampir tanpa gagal. Yang penting rajin mencuba dan jangan takut silap. Ikut resepi atau adjust ikut bahan yang ada. Belajar mencari bahan pengganti jika anda berdiet. Carilah ilmu, cari resepi, kerana badan dan kesihatan anda adalah perkara paling berharga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 350 gcream cheese
  2. 4biji telur
  3. 1 kotak (200 ml)santan
  4. 1/4cwn almond kisar
  5. 1sdt garam
  6. 1/3cwn penganti gula (erythritol/Lakanto)
  7. 1/4sdt stevia (opsyen)
  8. 1/4air enapan pandan atau
  9. 1sdt perasa dan pewarna pandan
  10. 1sdm bijan

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan ketuhar 180 darjah celcius. Siapkan loyang dan lapis dengan kertas minyak.

  2. 2

    Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga bercampur sebati. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.

  3. 3

    Dalam minit ke-20, keluarkan dan tabur bijan. Kemudian sambung menbakar sehingga berwaran keperangan. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
pada
Kota Kinabalu, Sabah
Saya pengamal diet keto dan IF, maka semua masakkan saya berkisar tentang gaya hidup keto. Saya suka mencuba dan mencipta resepi baru untuk dijadikan amalan sehari-hari. Tagline saya sdh tentu “Makan Sedap Tapi Kurus” Jika nak kurus sihat, cubalah gaya hidup yang chic, trendy dan berasaskan sains ini. Siapa yang tak nak kurus tapi boleh makan sedapkan? Mari ikuti resepi-resepi saya.
Baca lagi

Komen (2)

Noor Salwa Nor
Noor Salwa Nor @cook_27091955
Terima kasih... Ianya menjadi Dan sedap...

Resipi Sepertinya