Asam Pedas

Zahrah Buang
Zahrah Buang @ZahrahB07
Singapore

Sejak semalam , suami minta masakkan asam pedas.....mcm mengidam pula orang tua ni!....
#goldenapron2020
#cookpad.com
#cooksnap

Asam Pedas

Sejak semalam , suami minta masakkan asam pedas.....mcm mengidam pula orang tua ni!....
#goldenapron2020
#cookpad.com
#cooksnap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
6 orang
  1. Beberapa potong ikan tenggiri
  2. 1bawang besar dihiris
  3. 2 batangserai dititik
  4. 15+ (campuran cili padi, cili merah, cili hijau)/ 15-20 cili kering*
  5. 5 ulasbawang putih*
  6. 1inci halia*
  7. 10-12bawang merah/ 3 bawang besar (*) dikisar
  8. 1kiub ikan bilis
  9. 1mangkuk air asam jawa
  10. 1sdt garam
  11. 1sdb gula
  12. 5biji kacang bendi/ terung
  13. Daunkesum
  14. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Inilah bahan-bahannya.

  2. 2

    Tuangkan minyak, apabila sudah panas, masukkan bawang besar yang dihiris, serai dan semua bahan yang dikisar.

  3. 3

    Dikacau rata sampai sebati dan rempahnya masak. Tuangkan air asam, garam, gula. Kacau lagi perlahan. Masukkan ikan. Biarkan mendidih, 5 minit.

  4. 4

    Kemudian letakkan pula, kacang bendi dan tomato. Digaul perlahan. Tunggu sampai kacang bendi empuk, baru ditaburkan daun kesum.

  5. 5

    Rasa garamnya. Kalau kurang boleh ditambah. Dah siap! Boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zahrah Buang
Zahrah Buang @ZahrahB07
pada
Singapore
Seorang guru pesara yang masih mengajar hingga kini. Memasak memang hobi saya sejak dulu lagi. Kalau stress saya pun cari resipi di YouTube, Pinterest atau di mana-mana sumber tetapi kini saya sudah ada sumber terbaharu iaitu cookpad.com .Alhamdulillah!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya