Masak Lemak Fucuk

Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
Puchong Selangor

Masak paling senang arwah mak pernah ajar. Tak payah tumis-tumis, cuma rendam fucuk dan suhun lepas tu letak atas dapur dah masak😁.. sedap makan dengan nasi dan kicap tambah 2 kali tau 😋🤭🤭

#goldenapron2020

Masak Lemak Fucuk

Masak paling senang arwah mak pernah ajar. Tak payah tumis-tumis, cuma rendam fucuk dan suhun lepas tu letak atas dapur dah masak😁.. sedap makan dengan nasi dan kicap tambah 2 kali tau 😋🤭🤭

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 2 kepingfucuk (bahagi 2)
  2. 1gengam suhun
  3. 2biji bawang merah (dihiris)
  4. 2biji bawang putih (dihiris)
  5. 10biji cili padi (ditumbuk)
  6. 1biji telur
  7. 1 kepingasam keping
  8. 150 mlsantan
  9. Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Mula dengan rendam fucuk dan suhun dalam 10 minit dan rebus fucuk dalam 10 minit atau rebus sehingga fucuk nampak sudah lembut. Air rebusan boleh dibuang.

  2. 2

    Selepas merebus fucuk satukan ke semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Masukkan santan dan air 200 ml kacau santan sehingga mendidih.

  3. 3

    Kemudian semasa mendidih masukkan sebiji telur biarkan dalam 2 minit dan masukkan garam secukup rasa. siap! Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
pada
Puchong Selangor
polite & positive.suka fikir cara memasak paling mudah.
Baca lagi

Komen (2)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Simple tapi sedap..ada pulak ayam ikan goreng.. nyaman.sngt😁 #love

Resipi Sepertinya