Ikan keli goreng berlada

Noyu Aida
Noyu Aida @NoyuAida
Kuantan

favourite, makan dengan nasi panas.

Ikan keli goreng berlada

favourite, makan dengan nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4ekor ikan keli
  2. 1biji bawang Holland potong bulat
  3. 4biji bawang merah kecil - dihiris
  4. Segenggam cili api (cili ni ikut berapa ekor ikan keli, kalau byk kena banyakkan lagi cili baru dpt salut ke ikan keli- banyakkan cili hijau, boleh letak juga cili api merah bagi warna cili menarik :)
  5. Sedikitgula dan garam
  6. Sedikitkunyit
  7. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Siang ikan keli. Kemudian rendam ikan geli di dalam air asam jawa dan letak sedikit tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan lendir ikan.

  2. 2

    Perap ikan keli dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.

  3. 3

    Hiris kan bawang merah, bawang Holland. Tumbuk cili api (guna lesung batu), letakkan sedikit garam kasar. Tumbuk jangan sampai hancur sangat.

  4. 4

    Ketepikan bahan tumbuk tadi dulu.

  5. 5

    Gorengkan ikan keli. Sebelum goreng, salutkan ikan keli dengan sedikit tepung jagung. Untuk kurangkan ikan meletup, boleh jugak masukkan asam keping dalam minyak goreng.

  6. 6

    Gorengkan hingga ikan keli agak garing. Letak ikan di dalam pinggan.

  7. 7

    Gunakan minyak menggoreng tadi untuk menumis. lebihkan sikit minyak. Tumis kan bawang merah hingga layu.

  8. 8

    Masukkan cili api yang sudah ditumbuk, letakkan sedikit kunyit. Biarkan garing sebentar, masukkan bawang holland. Gaul rata dan boleh tutup api.

  9. 9

    Tuangkan bahan tumisan ke atas ikan keli yang telah digoreng.

  10. 10

    Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noyu Aida
Noyu Aida @NoyuAida
pada
Kuantan
Baru mula belajar.Bahan - bahan ikut anggaran sendiri sahaja.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya