Burger daging bawang

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Selalunya beli burger polah kedai tepi jalan, macam-macam permintaan, "bawang besar mau extra bos", "sos cili maok sedikit jak kaban". Masak sendiri, letak jak bawang macam kedai bapa sendiri. 🏄
#goldenapron2020

Burger daging bawang

Selalunya beli burger polah kedai tepi jalan, macam-macam permintaan, "bawang besar mau extra bos", "sos cili maok sedikit jak kaban". Masak sendiri, letak jak bawang macam kedai bapa sendiri. 🏄
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
1-2 orang
  1. 1 kepingdaging burger
  2. 1biji roti burger
  3. 2bawang besar
  4. 1mangkuk kecil daun salad
  5. 1 kepingcheese
  6. Sedikitserbuk cili
  7. Sedikitlada putih sarawak
  8. Sedikitsos perasa maggi
  9. sedikitsos cili
  10. sedikitmayones
  11. mentega
  12. 2 ulasbawang putih
  13. Sedikitair

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Penyediaan : Tumbuk bawang putih hingga lumat. Letakkan dalam mangkuk dan tambah sedikit air. Kacau dan letak tepi dahulu air bawang putih tersebut. Letak di tepi juga serbuk cili, lada putih sarawak dan sos perasa maggi.

  2. 2

    Penyediaan : Potong bawang besar dan daun salad. Letakkan tepi dahulu.

  3. 3

    Penyediaan : Sediakan daging burger, roti dan cheese. Permukaan roti sapukan dengan mentega. Sedia untuk memasak.

  4. 4

    Panaskan kuali. Untuk masak daging burger, gunakan api separa kecil. Masukkan setengah sudu mentega dan ratakan atas permukaan kuali. Letakkan daging burger. Tidak perlu tekan daging burger senduk.

  5. 5

    Masakkan daging burger selama 4 minit. Alihkan permukaan daging dan ulang masa menunggu. Sebelum alihkan lagi, letakkan serbuk cili, lada putih sarawak dan sos perasa maggi ke atas daging burger. Renjiskan dengan air bawang putih dan alihkan daging burger lagi, masakkan selama 40 saat dan masukkan serbuk cili, lada putih sarawak dan sos perasa maggi atas permukaan seterusnya. Renjiskan dengan air bawang putih dan angkat selepas masak.

  6. 6

    Masakkan telur dan lipat bentuk segi empat. Panaskan roti burger atas kuali seketika.

  7. 7

    Salutkan permukaan dalam roti burger dengan mayones. Susun daun salad, bawang besar, daging burger, telur dan cheese di antara roti burger. Letakkan sos cili mengikut citarasa juga.

  8. 8

    Masakkan lagi dalam microwave burger untuk 1 minit untuk cairkan sedikit cheese. Boleh dihidang, kombinasi bawang besar dan daging burger yang enak, sememangnya sedap tak terhingga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Resipi Sepertinya