Tauhu Ayam

Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
Perak, Malaysia

Cara mudah untuk buat rasa tauhu lebih enak. Boleh simpan lama dalam peti sejuk. Nak campur dalam sup boleh, nak masuk dalam sambal tumis boleh, nak goreng biasa boleh, nak buat masak kicap pun boleh... macam2 boleh la kiranya... hehe... #goldenapron2020

Tauhu Ayam

Cara mudah untuk buat rasa tauhu lebih enak. Boleh simpan lama dalam peti sejuk. Nak campur dalam sup boleh, nak masuk dalam sambal tumis boleh, nak goreng biasa boleh, nak buat masak kicap pun boleh... macam2 boleh la kiranya... hehe... #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
20 ketul
  1. 1ketul tauhu petak
  2. 1tiub tauhu telur
  3. 200 gramdaging ayam kisar
  4. 1/2biji bawang holland saiz besar
  5. 1biji lada besar merah
  6. 5 batangdaun sup
  7. 1/4 batanglobak merah
  8. 1biji telur
  9. 1sdb tepung gandum
  10. 1sdk lada sulah
  11. 1/2sdk garam
  12. 1/2sdk serbuk perasa

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Sediakan semua bahan.

  2. 2

    Cincang bawang holland, lada besar merah, daun sup, lobak merah.

  3. 3

    Kisar tauhu petak, tauhu telur dan telur. Selepas selesai dikisar, masukkan dalam mangkuk.

  4. 4
  5. 5

    Campurkan bahan yang telah dicincang, daging ayam kisar, tepung gandum, lada sulah, garam dan serbuk perasa ke dalam mangkuk. Gaul sebati semua bahan bersama-sama tauhu dan telur yang telah dikisar.

  6. 6
  7. 7

    Panaskan pengukus.

  8. 8

    Gunakan acuan kuih lompang. Isi bahan yang telah digaul sebati ke dalam acuan kuih lompang.

  9. 9

    Kukus selama 20-30 minit

  10. 10

    Biarkan tauhu ayam sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Tauhu tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk, dimakan terus atau divariasikan kepada beberapa jenis hidangan lain. Selamat mencuba 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cikgu Faez
Cikgu Faez @cikgufaez
pada
Perak, Malaysia
😀😄😉☺ masak guna hati 😁🥰😎😋
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya