Tauhu Begedil Mabeles

#goldenapron2020 kali ni kita simpan resepi dari adik ipar. Masa cuti baru ni adik buat kt kg. Maklum la ramai orang jadi pakat rasa sikit sorang. Memang xpuasla 🤣.. Tauhu Begedil ni klu beli memang tak puas makan. Lebih2 lagi klu dapat cicah dengan sambal kicap.. Sedapppnyaaa.. 😋..
Tauhu Begedil Mabeles
#goldenapron2020 kali ni kita simpan resepi dari adik ipar. Masa cuti baru ni adik buat kt kg. Maklum la ramai orang jadi pakat rasa sikit sorang. Memang xpuasla 🤣.. Tauhu Begedil ni klu beli memang tak puas makan. Lebih2 lagi klu dapat cicah dengan sambal kicap.. Sedapppnyaaa.. 😋..
Cara Memasak
- 1
Kentang di potong kecil dan digoreng
- 2
Bawang kecil dimayang dan digoreng
- 3
Sambil goreng Kentang tu bolehla hiris daun bawang dan daun sup. Ketepikan. Selepas itu, tumis bawang besar dan bawang putih seulas dan masak kan dgn ayam cincang sehingga masak
- 4
Dah siap tumis ayam boleh ketepikan. Masa ni bolehla tumbuk Kentang dengan lesung
- 5
Dah siap tumbuk lumat bolehla campur semua ya dalam satu bekas.masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, daging ayam yang telah dimasak, serbuk perasa, garam dan inti tauhu goreng. Nak letak boleh xnak letak pun xpe.
- 6
Tauhu goreng tu jgn lupa gunting bentuk tambah. Dan keluar kan isi. Masukkan dalam bekas Kentang tadi. Gaulkan sampai sekata dan bulat2 kn. Lepas tu sumbat dalam tauhu yg dah digunting tadi. Sumbat sampai penuh yer..
- 7
Dah siap sumbat jadila cmni. Ni x goreng lg. Sebab siap lewat mlm dah. Kita letak dalam frozen dlu Esok2 baru goreng 🤭. Utk mlm ni. Goreng sikit je untuk test rasa 😋😋😋. Nnt nak goreng. Celup je dalam telur dan goreng. Kejap je lah masak sal inti memang dah masak.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Semalam Kak Long balik rumah mak Kak Long. Sebelum Kak Long balik mak beri tauhu satu pack. Balik rumah terus buat tauhu begedil. Selalu beli ja tauhu begedil ni sebab malas masak + susah nak dapatkan tauhu muslim . Resepi Kak Long simple saja.#goldenapron2020#myfistrecipe2020 Nana Isya -
Tauhu begedil Tauhu begedil
Tauhu begedil antara makanan petang kegemaran ziana.Kalau beli mmg tak puas makan, lebih baik buat sendiri dan rasanya lebih padu dgn ramuan yg kita buat sendiri.Tauhu begedil kalini ziana recook dari resepi Minsha.Tujuan ziana recook resepi minsha kerana ziana dapati tauhu begedil minsha amat popular dikalangan rakan rakannya dan boleh dikatakan sgt viral.Jom cuba, serius sedap.#tribute2minsha Ziana Chesaad -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Tauhu begedil ni anak dara saya yg bongsu minta buatkan..dia datang bisik kat saya.."ma nak tauhu begedil" Terkejut jugak tiba2 je dia request..saya sangka selama ni dia tak suka makan..Saya cakap kat anak nanti ma beli bahan2 dulu..baru boleh buat..tersenyum dia.. Suka tengok dia berselera makan, kakak & abang dia pun suka makan..ayahnya lagi la..saya ni pulak jenis tak suka makan tauhu goreng macam tu saje..tapi kalau tauhu begedil macam ni reti pulak makan..hihii..tauhu sumbat pun makan😅 Bahagi 5 orang dapat la 7 biji sorang.. Nor Al Fatihah -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Teringin nak makan. Nak beli, takut tak cukup sebab ramai rakyat dalam rumah ni. Bila buat sendiri, boleh sumbat inti sesuka hati. 😄 Tapi tak secantik yang di beli.Guna bahan yang ada di rumah je. Asalkan ada tauhu kering dan ubi kentang. Bahan lain untuk rasa. Kuantiti main agak2 je. Boleh tukar tauhu dengan kulit popia. Jadi popia begedil.Selamat mencuba. 👋#goldenapron2020#telurantarabangsa Tun Suri -
Tauhu Begedil Udang Tauhu Begedil Udang
#goldenapronlevel19#saturesepisatupohonhampir 2 tahun akak meniaga tauhu begedil daging. Kali ni akak tukar intinya kepada udang. Sangat sedap dan dah mula di jual. Customer pun suka. anieschoc -
Tauhu begedil gemok Tauhu begedil gemok
Tauhu begedil yg jadi kegilaan suami. Sekali buat wajib buat 3 bungkus tauhu kering dan akan habis dalam 2 hari 😁 resepi ni hanya anggaran.#telurantarabangsa#goldenapron2020 rina aziz -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
#goldenapron2020#cooksnap#mentorloveDah lama tak makan tauhu bergedil.Kalau nak beli, sikit. Tak puas makan, maklumlah rakyat ramai.Pergi kedai nampak pula tauhu kering ni. Iman beli sampai 3pax. Punyalah tamak. Hahahaha. Tapi takpa, makanan ni confirm habis.Macam biasa sebelum masak, Iman cari resepi dulu. Jumpalah resepi Sis Najwa ni.Kebetulan Iman masak untuk sarapan pagi, petang tu mak mertua dan adik-adik ipar sampai.Dapatlah depa merasa sikit. Siap puji kata sedap. Alhamdulillah, kembang sekejap iman. Hahaha Iman Hasanah Musa -
Begedil Tauhu Cendawan Begedil Tauhu Cendawan
245/2021/RoadTo1k/930❤️ Masak Apa Cookpadians Tauhu ❤️Resipi ni hakak cipta untuk Contest Aji-Shio.Hidangan Begedil Tauhu Cendawan bukan sahaja enak pada campuran aneka cendawan yang digunakan. Malahan penggunaan Aji-Shio Lada Hitam Berperisa & Aji-Shio Lada Berperisa turut menambahkan aroma dan rasa pada hidangan. Hidangan begedil ini, boleh dihidangkan begitu sahaja (selepas kukus boleh terus nikmati) ataupun kaedah menggoreng. Bagi mereka yang nak versi sihat, boleh bakar menggunakan air fryer. Sememangnya resipi mudah, ringkas lagi berkhasiat sebegini sesuai untuk seisi keluarga. Salina Jalaludin -
Tauhu Begedil Tak Kedekut Tauhu Begedil Tak Kedekut
Tauhu begedil mmg menjadi favourite rakyat malaysia. Sy juga tidak ketinggalan untuk mencuba dan mengolah resepi mengikut citarasa sy. Sy suka sambal kicap yg pekat dan ada taburan bijan sangai diatasnya.. Maka terhasillah ia.. Noor Atika Mahamood -
Tauhu Berlauk Tauhu Berlauk
Resipi lama dalam galeri fon juga. Inspirasi daripada adik @cook_16480022 tetapi saya olah cara penyediaan nya daripada dikukus sebelum digoreng kepada kaedah yang biasa dibuat iaitu bahan-bahan digoreng kemudian dibentuk dan dicelup ke dalam telur tetapi saya tambah breadcrumbs untuk salut bahagian luar nya.Sebenar nya ini inti tauhu begedil untuk disumbat ke dalam tauhu goreng/tauhu pok tetapi tauhu goreng/tauhu pok nya dah habis. Sayang pulak, malas nak bentuk bulat leper macam begedil, dapat ilham daripada adik Hani, saya bulat-bulatkan dan salut dengan breadcrumbs untuk bagi kelainan sedikit. Dapur Yusfarisyia -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Resipi lama dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik @cook_24518291 Dapur Yusfarisyia -
Tauhu begedil kentang mudah dan ringkas #maratonraya Tauhu begedil kentang mudah dan ringkas #maratonraya
Resepi tauhu begedil kentang ini sedap dan mudah untuk disediakan. Boleh dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja juga enak dimakan bersama sambal kicap. Hazwani Hassan
Lebih Banyak Resipi
Komen