Ayam Masak Ungkep

Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

#unique2u #goldenapron2020
Ayam masak Ungkep sangat sinonim dengan keluarga saya terutamanya semasa musim perayaan, masakan unik ini yang hanya menggunakan rempah ratus yang mudah didapati terutamanya di rumah kaum melayu, dengan hanya menggabungkan semua bahan tersebut bersama ayam sudah dapat menghasilkan menu hidangan utama yang menyelerakan. Perkataan ungkep itu sendiri sangat unik yang bermaksud tutup, ini kerana semasa masak masakan ini perlu ditutup ketika menggelegak. Uniknya menu ini bagi saya ia juga dapat menghangatkan badan dengan kebaikan bahan seperti ketumbar, halia dan kunyit. Jom cuba resepi Ayam Masak Ungkep pastinya akan menjadi menu harian anda😍

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. 1ekor ayam
  2. Bahan kisar
  3. 1sudu biji ketumbar
  4. 1sudu jintan putih
  5. 1sudu jintan manis
  6. 3biji bawang besar
  7. 5 ulasbawang putih
  8. 1inci halia
  9. 2inci kunyit hidup
  10. Bahan tumis
  11. 2 batangserai
  12. 1 batangkayu manis
  13. 2biji bunga lawang

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan.

  2. 2

    Tumis serai, bunga lawang dan kayu manis, setelah naik bau masukkan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak.

  3. 3

    Masukkan ayam dan tambahkan air, masak sehingga ayam kecut lembut dan sehingga kuah sedikit kering.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
pada
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Resipi Sepertinya