Potato Wedges

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron2020
#mingguke16

Hari ni anak saya berpesan supaya belikan hash brown. Teringin katanya. Tapi nasib kurang baik sebab hash brown tak ada. Kasihan pula Bila teringat permintaan Karina. Kebetulan saya ternampak serbuk cheesy wedges. Terus terlintas difikiran untuk buatkan potato wedges untuk dia. Dia memang gemar potato wedges. Kalau pergi KFC pasti Karina minta potato wedges.
Untuk menyediakan potato wedges amat mudah. Bahan yang digunakan pun tidak renyah.
Jika merebus kentang, tidak perlu direbus lama kerana kentang jenis ini memang cepat lembut. Didihkan air dahulu baru masukkan kentang.
Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35 minit
5 orang
  1. 5biji kentang
  2. 1 literair (untuk merebus)
  3. 1sudu kecil garam
  4. 1 cawantepung serbaguna (tepung goreng ayam)
  5. 1sudu kecil serbuk lada putih
  6. 1/2sudu kecil serbuk cili
  7. 1sudu kecil serbuk pati ayam
  8. 3 cawanminyak masak (untuk menggoreng)

Cara Memasak

35 minit
  1. 1

    Basuh kentang sehingga bersih. Potong memanjang kepada 6 bahagian. Di dalam periuk, didihkan air yang dicampur dengan garam. Rebus kentang selama 10 minit Kemudian matikan api dan toskan.

  2. 2

    Dalam satu mangkuk, campurkan tepung serbaguna, serbuk cili, lada putih dan serbuk pati ayam. Gaul rata. Tuangkan campuran tepung ke dalam bekas yang berisi kentang. Tampi perlahan-lahan supaya tepung bersalut dengan rata.

  3. 3

    Panaskan minyak, goreng kentang sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang !!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya