Kek Lapis Mint Cheese

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor

Ibu menjamu selera di sebuah kenduri kahwin baru-baru ni. Antara hidangan pencuci mulutnya adalah kek lapis. Ada terdapat kira-kira 3 jenis kek lapis. Tapi sayang warnanya sahaja berbeza rasanya adalah sama. Geram dengan situasi tersebut ibu gagahkan diri membaking setelah pulang ke rumah. Patut la Itam Interpol ibu tidak mahu menjamu selera kek lapis di rumah kenduri tersebut. Siap kata ' Kek lapis ibu lagi sedap'. Berbunga hati ku wei... 🤪🤪🤪
Tapi hakikat sebenarnya bila ibu rindukan che Bunga ibu lepaskan di sini. Maksudnya ibu akan membuat kek lapis.

#goldenapron2020
#susumanis

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

7 jam
  1. 500 gButter Berkualiti
  2. 10bj telur gred A/AA
  3. 400 gsusu pekat
  4. 100 ggula
  5. 1sudu besar ovalete
  6. 500 gcream cheese
  7. 100 ghorlicks
  8. 100 gserbuk santan
  9. 380 gtepung gandum
  10. 1sudu kecil perisa mint
  11. 1sudu besar lemon
  12. Pewarna purple, pink, kuning, biru & turquoise
  13. Coklat M&M secukupnya

Cara Memasak

7 jam
  1. 1

    Putar butter, gula & ovelete sehingga kembang

  2. 2
  3. 3

    Masukkan telur satu persatu

  4. 4

    Masukkan cream cheese

  5. 5

    Perlahankan mixer, masukkan susu, serbuk santan & horlicks

  6. 6

    Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.

  7. 7

    Teruskan mix sehingga adunan tiada ketulan dan masukkan perisa mint & perahan lemon.

  8. 8

    Timbang 4 bahagian 200 g setiap bahagian. Warnakan purple, pink, kuning & biru.

  9. 9

    Lebihan adunan warnakan turquoise

  10. 10

    Panaskan oven dengan suhu 170°c. Bakar purple dahulu.

  11. 11

    Kemudian bakar kuning pada lapisan ke 2

  12. 12

    Bakar bahagian turquoise & taburkan coklat M&M. Ulangi proses hingga warna turquoise habis.

  13. 13

    Seterusnya bakar pula lapisan pink. Dan akhirnya lapisan biru. Kalau rajin buat la hiasan sikit 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (10)

siti nurfazlin mustafa
siti nurfazlin mustafa @cook_29522939
salam sis,m&m tu letak before bakar kek or after kek dah bakar?tq

Carian Teratas bagi

Ditulis oleh

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
pada
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor
Ini merupakan buku resepi ibu yang tidak di bukukan bagi memudahkan ibu mencari semula. Ada resepi google dan ada resepi turun temurun. Resepi google yang menjadi sahaja ibu muatkan di sini. Sejujurnya ibu kurang mahir memasak. 😁😁😁
Baca lagi

Resipi Sepertinya