Laksam Warisan Bujang

Laksa? Lakse? Laksam? Yee.Sayalah penggemar 3 makanan tersebut.Paling menjadi kegemaran saya adalah Laksam.Kalau di kampung saya Kota Tinggi Sedili Besar Johor, Laksam ni kami buat sebagai sarapan pagi.Jadi bila di Ipoh ni susah nk jumpa laksam so terpaksa la kite buat sendiri demi memenuhi kehendak tekak dan selera sendiri 😋
Laksam Warisan Bujang
Laksa? Lakse? Laksam? Yee.Sayalah penggemar 3 makanan tersebut.Paling menjadi kegemaran saya adalah Laksam.Kalau di kampung saya Kota Tinggi Sedili Besar Johor, Laksam ni kami buat sebagai sarapan pagi.Jadi bila di Ipoh ni susah nk jumpa laksam so terpaksa la kite buat sendiri demi memenuhi kehendak tekak dan selera sendiri 😋
Cara Memasak
- 1
Panaskan pengukus, kisar/ adukkan semua bahan untuk membuat tepung laksam. Gunakan penutup periuk atau dulang yang leper dan ratakan permukaannya dengan minyak masak, tuangkan bancuhan tepung tersebut sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak, (anggaran dalam 1-2 senduk untuk satu penutup periuk).
- 2
Kukus bancuhan tersebut selama 10-15 minit dan gulung berlahan lahan. Lakukan dengan berulang kali sehingga bancuhan habis.
- 3
Rebus ikan selayang terlebih dahulu(Jangan buang air rebusan tersebut). Asingkan isi dan tulang ikan kemudian dikisar isi ikan menggunakan sedikit air rebusan ikan tadi. Tulang dan kepala ikan tadi juga turut dikisar menggunakam air rebusan, kemudian tapiskan (Jangan Campurkan Bersama Isi Ikan) dan tuangkan kedalam mangkuk.
- 4
Panaskan Periuk dengan sedikit minyak masak. Kisar pula bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan garam dengan menggunakan air rebusan ikan tadi. Kisar sehingga sebati dan tuang kedalam periuk yang sudah dipanaskan. Masukan sekali bersama semua isi dan air tulang ikan yg dikisar tadi dan terus masukkan santan serta kacau rata.
- 5
Sesuaikan kepekatan kuah mengikut selera masing2(Jika terlalu pekat tambahkan je air lebihan rebusan ikan tadi) Sesuaikan rasa bersama garam mengikut tekak masing2 tunggu sehingga menggelegak barulah api ditutup. Dan bolehlah dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Laksam Bersama Kuah Lemak Laksam Bersama Kuah Lemak
Bahan utama dari beras, dalam satu kelompok dengan laksa . Variasi berbeza adalah kuahnya. Tapi laksam ni dimakan dengan kuah lemak. Memang padu di gaul bersam ulaman dan sambal belacan. Ani Delighted -
Laksam Ikan Kembong #MaratonRaya #Ikan Laksam Ikan Kembong #MaratonRaya #Ikan
Selain laksa, laksam juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.Di olah resepinya dengan ramuan-ramuan yang mudah malah sedap hingga menjilat mangkuk! Dengan limpahan isi ikan yang meriah, santan yang pekat melikat akan menjadikan kuah laksam lebih menyelerakan.Bagi penggemar laksam, resepi ni khas untuk anda semua. Selamat mencuba!#MaratonRaya #Ikan Hidayatul Najwa -
Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum) Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum)
Suami orang Terengganu.Tiap kali balik kampung, mesti dia minta kakaknya buatkan laksa kuah putih atau laksam. Boleh jadi murunglah pendek kata, kalau balik kampung tak pekena laksam 😂Bulan puasa jarang nampak orang jual laksam, biasanya laksa je ada di #bazarramadan. Kalau cari, biasanya orang dah beratur panjang sampai bengkang-bengkok barisan 😂Musim PKP tak boleh rentas negeri kan. Gigihkan diri buat supaya suami tak sedih bila tak dapat balik kampung. Kalau beli, alamatnya bergaduh tak cukup.Disebabkan kebanyakan kuetiau/mi laksam tu dicampur tepung gandum, saya buat sendiri je laksam. Saya suka laksam yang nipis, jadi bolehlah sesuaikan ketebalan mengikut kesukaan. Ulang buat sampai 4 kali. Sorang ambil 4 gulung. Pengsan maknya melaksam 😂#bazarramadan #goldenapron2020 #week3 Nihadriz Niha -
Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64) Laksam Bendera Malaysia (Terengganu) (Merdeka 64)
#secretchallengemerdeka#merdekapassportLaksam Terengganu corak bendera Malaysia ni idea saya sendiri..saya buat sempena birthday anak bujang saya hari ni..excited & ralik sgt time menyusu laksam jadi bentuk jalur gemilang ni..alhamdulillah menjadi.. walaupun tak cukup 14 baris warna merah & putih..hehe.. Biasanya saya buat laksam saya campur sedikit tepung gandum, tapi kali ni saya guna tepung beras saja..resepi olahan saya sendiri..memang lembut & gedik sgt.. anak2 teruja nak makan 😍 Nor Al Fatihah -
Laksam Laksam
208/2024 (1761/2K)Malam ni, abang sulong husben nak datang. So Uchu nak masak me rebus terengganu feveretnya, bahan pun siap beli dah. Kami semua akan berkumpul dan makan-makan di kebun malam ni.Uchu bgtau MIL hajat Uchu nak masak mi rebus yang juga jadi feveret MIL, tapi MIL tanya laksam la pulak..😄 Baru je Uchu masak laksam untuk MIL beberapa minggu lepas dan selepas itu pun, ada beberapa kali breakfast MIL nak makan laksam, Uchu belikan je. Kali ni MIL request laksam lagi. Tapi takpelah..Uchu masak kedua2nya..sebab Uchu rajin dan takdelah susah mana nak siapkan semua tu dengan adanya bantuan. Alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Laksam Soto Laksam Soto
#semangatmerdeka #fusionantaranegeriAnak-anak saya memang suka laksam. Tapi kali ni sebab tiada stok ikan untuk buat kuah lemak, kita buat kelainan sikit laksam berkuahkan sup soto. Gabungan masakan kelantan dan johor. Soto lebih kaw dari sup biasa. Memang sedap kalau makan dengan laksam sebab tekstur laksam lembih lembut dan sedikit kenyal berbanding nasi himpit. Itu yang membuat menu ini juga sangat disukai anak-anak. Jom kita tengok resepi yang sedap ni di bawah. Liana Nick -
Laksam Laksam
Menu orang Pantai Timur yang sedap, lemak dan lembut..kalau ke gerai makanan pagi, rata-rata ada jual ni dalam bungkusan plastik.Kalau nak jual tayah la berbunga2 camni lak..🤣kalau untuk menu pengantin makan beradab ok kot 🤣 tapi ni cuma standard pengantin lama je..Suami dan anak2 Uchu akan komplen kalau beli laksam terlalu tebal dan keras! Ahli keluarga boleh jadi juri. Jadi mungkin itulah hint dan kunci untuk jualan. Uchu suka buat laksamnya lembut (bukan lembik) dan tak keras.Tips:1. Pengukus mesti betul2 panas sebelum mengukus laksam supaya laksam masak bergelembung.2. Lapisan laksam hendaklah nipis sahaja.2. Santan kuah laksam dimasak tanpa pecah minyak.3. Kuah laksam jangan masam dan jangan terlebih halia. Sesetengah orang tak letak pun halia ni..serai pun tak bubuh. terpulang lah.Jika pertama kali mencuba buat laksam, cuba kukus satu lapisan nipis dahulu. Jika laksam masak bergelembung elok, tak perlu tambah air kepada bancuhan. Jika laksam dikukus tak bergelembung, padat dan nampak kering seperti tepung, boleh tambah air sedikit demi sedikit. Sesimple Loralin -
Laksam kelantan Laksam kelantan
Bismillah. Disebabkan craving yang teramatlah sangat dengan laksam ni, nak cari tak tahu dimana, kita pulun lah buat dia. Makan dengan sambal belacan yang pedas ya Allah nikmat sungguh. Alhamdulillah sedap ikut tekak kita yang agak cerewet ini lagi lagi bila bab makanan dari pantai timur. Andddd melepaskan kekecewaan sebab beli di pasar ramadan dahulu, ya Allah menangis makan Sebab kurang serba serbi. In sha Allah resepi ini mudah untuk diikuti dan dijamin sedap. Tak sedap kami tak share hampaaaaaa 🙈 Aryani Rahman -
Laksam Laksam
#goldenapron2020#phopxcookpad2020Bazaar Ramadhan tak ada tahun ni. Akak murung kejap. Kat mana pulak nak cari laksam yang sedap. Maka jari jemari pun google resepi laksam yang sedap. Kali pertama nak buat.. Debar lain macam takut tak jadi. So follow je la resepi tu. Yess! Menjadi. Sedap pulak tu. Anak-anak minta buatkan lagi. Rose Nani Nizah Nayan -
Laksam Kelantan Laksam Kelantan
Kalau bg mkn kt ank kcik suka nii msti dia mkn laksam xnak kuah xnk pape😂da lama mamy buat ni haa...baru save sini.. mamy_kitchen89
Lebih Banyak Resipi
Komen (19)