Sambal udang petai

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#merdeka2020
#goldenapron2020

Sempena Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun pada 31hb Ogos 2020,kita pun nak juga join contest anjuran Cookpad Malaysia ni.

Kita pilih resepi yang merah menyala.Semerah darah namanya.Sambal ni kita menggunakan cili kering pedas.So anda boleh tahu dan agak kan tahap mana membaranya bibir bila dah selesai makan lauk sambal udang petai ni 😅

Resepi yang sangat mudah tapi padu rasanya.Jangan membuang masa,jom lihat resepinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. 2 cawanCili kering pedas - direbus dan dicuci,buang biji- kisar
  2. 5biji bawang merah - kisar
  3. 3 ulasbawang putih - kisar
  4. 1/2 cawanair - untuk mengisar
  5. 18ekor Udang sederhana besar - bersihkan dan ketepikan
  6. 1biji bawang Holland - potong bulat
  7. 2papan petai / 20 biji petai
  8. 1 tspGaram Pink
  9. 2 tspGula Melaka
  10. 1/2 cawanair
  11. 1 tsppes asam jawa
  12. 3/4 cawanMinyak - untuk menumis

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan yang diperlukan.Cili kering yang telah direbus dan dibersihkan kemudiannya dikisar bersama bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air.Ketepikan.

  2. 2

    Sediakan kuali dan masukkan minyak.Bila minyak sudah panas,masukkan cili kering yang telah dikisar tadi.Tumis hingga naik minyak.Kemudian,masukkan pes asam jawa.

  3. 3

    Tumis sebentar,kemudian masukkan udang.Goreng sebati.Kemudian,masukkan air.

  4. 4

    Masukkan garam dan gula melaka.Rasakan sambal cukup masam,masin dan manisnya.Potong bulat bawang holland dan petai dipotong dua.Masukkan dua bahan ini ke dalam sambal udang.

  5. 5

    Masak hingga sambal dan udang sebati dan terbit minyak - bermakna sambal sudah siap dimasak dan bolehlah ditutup apinya.

  6. 6

    Sambal Udang Petai sudah sedia untuk dihidang.Selamat mencuba 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Resipi Sepertinya