Keropok Lekor Numee

Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
Ampang

#goldenapron2020 (Minggu 32)

Sejak dua menjak ni selalu pula buat keropok lekor sendiri. Sedap juga keropok lekor numee ni, anak-anak juga sukakannya. Tapi perlu dimakan panas-panas barulah rangup dan menyelerakan.

Keropok Lekor Numee

#goldenapron2020 (Minggu 32)

Sejak dua menjak ni selalu pula buat keropok lekor sendiri. Sedap juga keropok lekor numee ni, anak-anak juga sukakannya. Tapi perlu dimakan panas-panas barulah rangup dan menyelerakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
4 orang
  1. 1cwn mee Numee
  2. 1biji telur
  3. 5 sudu makantepung ubi
  4. 1 sudu makantepung gandum
  5. 1 sudu makanrempah kari
  6. 1/2sudu kecil garam
  7. Secubit gula
  8. Secubit serbuk perasa

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Celur lembut Numee dan kisarkan dengan serbuk kari, telur, garam, gula dan serbuk perasa.

  3. 3

    Masukkan bahan kisar kedalam tepung ubi dan tepung gandum.

  4. 4

    Gaul sebati sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. (Semasa proses ini, perlu taburkan dengan sedikit tepung gandum dan uli. Ulang sehingga tidak melekat).

  5. 5

    Bahagikan doh kemudian bentukkan bulat memanjang. (Saiz mengikut kehendak masing-masing).

  6. 6

    Didihkan air dan rebuskan sehingga terapung. Angkat dan sejukkan.

  7. 7

    Setelah sedikit sejuk, potong mengikut bentuk masing-masing. (Saya potong serong).

  8. 8

    Panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau sedikit garing. Siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
pada
Ampang
25 april
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya