Keropok Lekor Ikan Tamban

Masak Apa Cuti Sekolah?
Keropok lekor adalah salah satu kegemaran anak-anak saya. Kalau beli memang tak cukup, berebut makan. Ikan tamban ni mak mertua yang beri sebab beli banyak. Kat rumah saya pula, hanya saya dan anak lelaki saya jer yang suka makan ikan yang banyak tulang. Jadi saya buatkan keropok lekor supaya semua ahli keluarga saya dapat menikmati ikan tamban tu. Puas makan kalau buat sendiri. #TeamJajan
Jom dik @shahmirul91 join cabaran minggu ni.
Keropok Lekor Ikan Tamban
Masak Apa Cuti Sekolah?
Keropok lekor adalah salah satu kegemaran anak-anak saya. Kalau beli memang tak cukup, berebut makan. Ikan tamban ni mak mertua yang beri sebab beli banyak. Kat rumah saya pula, hanya saya dan anak lelaki saya jer yang suka makan ikan yang banyak tulang. Jadi saya buatkan keropok lekor supaya semua ahli keluarga saya dapat menikmati ikan tamban tu. Puas makan kalau buat sendiri. #TeamJajan
Jom dik @shahmirul91 join cabaran minggu ni.
Cara Memasak
- 1
Siang ikan tamban dan buang kepala, tulang dan perut ikan. Kisar bersama air ais hingga halus.
- 2
Tuang isi ikan ke dalam bekas/mangkuk besar. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, baking powder, tepung gandum dan tepung ubi (tuang tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang dikehendaki/lembut.
Nota : Tepung ubi jangan dihabiskan. Ikut keperluan sahaja. - 3
Tabur tepung ubi atas papan pencanai/silicone mat (saya guna loyang yang lebar) ambil sedikit adunan bulat-bukatkan dan gelek memanjang, ketepikan. Buat sehingga habis. Didihkan air dengan sedikit minyak masak dan rebus doh lekor sehingga timbul terapung di permukaan air.
- 4
Angkat dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan lekor melekat di antara satu sama lain. Siap. Nak buat frozen lekor, sejukkan dahulu kemudian dibungkus kemas di dalam plastik dan disimpan di dalam freezer. Jika hendak digoreng nyahbekukan dahulu.
- 5
Jika hendak digoreng, potong beberapa bahagian dan goreng di dalam minyak yang panas hingga garing di luar tetapi lembut di dalam. Sedap cicah bersama sos cili.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Keropok Lekor Ikan Campur Keropok Lekor Ikan Campur
Kakak sulung borong banyak ikan campur-campur sampai tak muat freezer di rumah mak. Jadi kakak sedekahkan kepada saya lima kilo ikan. Saya buat keropok lekor tetapi tak semua nya kerana tak larat nak siang ikan yang banyak. Separuh ikan tu masih lagi saya simpan di dalam freezer dan ada juga yang saya sedekahkan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada di kawasan berhampiran. Dalam rezeki saya, mesti ada rezeki untuk haiwan tu juga. Tak sampai hati melihat mereka tercari-cari sisa-sisa makanan di kawasan tong sampah. Dapur Yusfarisyia -
Keropok Lekor Ummi Rizqi Keropok Lekor Ummi Rizqi
Petang2 begini memang sedap menikmati lekor garing rangup ni.Boss cuti la katakan.. Tunaikanlah permintaan nak makan keropok lekor airtangan isteri.🤭😀Bila dah siap goreng berebut Rizqi dengan babah makan.#1stkeropoklekor Q'leenalee's Kitchen -
Keropok lekor lembut homemade Keropok lekor lembut homemade
#goldenapron#minggu18Kami sekeluarga memang gemarkan keropok lekor. Selalunya memang kami beli digerai-gerai sahaja. Tapi ada suatu hari keadaan hujan perut lapar dan bila buka peti sejuk hanya ada ikan saja. Tiba-tiba terfikir keropok lekor.Di sebabkan kurang pasti resepinya saya terus cari di internet dan terjumpa satu resepi. Saya terus mencubanya dan alhamdulillah, menjadi kegemaran semua. Mazwin -
Keropok Lekor Numee Keropok Lekor Numee
#goldenapron2020 (Minggu 32)Sejak dua menjak ni selalu pula buat keropok lekor sendiri. Sedap juga keropok lekor numee ni, anak-anak juga sukakannya. Tapi perlu dimakan panas-panas barulah rangup dan menyelerakan. Norida Alias -
Keropok Lekor Keropok Lekor
Resepi simple dan senang, guna ikan yang senang dapat maklumlah musim PKP ni tak boleh keluar lebih dari 10km.Dalam resepi ni saya menggunakan ikan pelaling tapi kalau nak lagi sedap gunalah ikan tamban.Alkisahnya,masuk minggu ke 3 PKP anak anak dah mula merindui keropok makcik Kiah goreng pisang.Disebabkan pergerakkan terhad terpaksa lah mama usaha kan juga mengentel kopok lekor dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya.Jom...kita tengok resepi #cooksnap Nurul Fauzana -
Keropok lekor homemade Keropok lekor homemade
Kali ni nak kongsi keropok lekor homemade gunakan ikan sardin pula rasa lebih kurang tetapi keropok lekor ni lebih padat isinya berbanding keropok lekor sebelum ni..sos juga sedikit berbeza kali ni cuba gunakan kismis untuk buat lebih sedap sosnya..semestinya keropok lekor homemade by mama peija adalah fav ank 🤣 Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Keropok Lekor Keropok Lekor
Day100/366/2020/April/9Day23 #14harimencintaiku #extendPKP2Hari ni belajar buat keropok lekor pulak😬. Selalu kalau teringin makan keropok lekor. Boleh je beli daripada Mak Cik Kiah yang berniaga goreng pisang tu haa. Tapi sekarang ni hanya mampu terkenang-kenang je Mak Cik Kiah tu haa.. Dah teringat tu kan, zasss terus goggle resipi. Ada je jumpa resipi terusLAH cuba buat. Hehehe...Untuk resipi ini, saya kisar ikan dengan air (guna blender biasa tu), jadi penggunaan tepung agak banyak. Sebab bila dah menguli baru terfikir, kalau guna food processor lebih baik rasanya. Sebab ikan dikisar tanpa air. Jadi akan menghasilkan rasa ikan yang lebih mendominasi berbanding tepung. But its ok. First try ye dak.. nanti boleh cuba lagi. Salina Jalaludin -
Keropok Lekor Keropok Lekor
#merdekapassport TerengganuAnak anak suka makan keropok lekor.Beli di sini rasa tidak sama macam saya makan di terengganu.Disini banyak tulang,rasa masam dan keras,banyak tepung..Langsung tidak sedap.Akhirnya saya buat sendiri.Sedap sangat sebab kekal lembut walaupun sudah sejuk. Dunia Hanya Sementara Fy -
Keropok lekor (siakap cendawan kentang) Keropok lekor (siakap cendawan kentang)
BIASANYA KEROPOK LEKOR MENGUNAKAN IKAN KEMBUNG ATAU SELAYANG KALI INI MENCUBA BENDA BARU KEROPOK LEKOR GAYA SAYA TERSENDIRI MENGUNAKAN IKAN SIAKAP DAN DITAMBAH KENTANG DAN CENDAWAN #GoldenApron23 Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Keropok Lekor Keropok Lekor
#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaKeropok Lekor adalah kegemaran kami sekeluarga. Kalau pegi pasar tani mahupun pasar malam selalunya akan mencari keropok Lekor yang sedap. Dan setiap kami balik Pahang kami akan singgah membeli Keropok Lekor di tempat langganan kami untuk di bawa balik ke JB. Jeehan Kitchen -
Pie Epal Pie Epal
Masak Apa Cuti Sekolah?Pie epal ni kegemaran anak perempuan saya. Kalau makan tu, dia boleh habiskan kesemua nya. Anak lelaki saya pula kurang gemar makan pie epal tetapi jika dimakan bersama aiskrim, dia pasti tidak menolak nya. #TeamManisan@cook_34615991 juh dik join cabaran minggu tok. Dapur Yusfarisyia -
Muffin Pisang Muffin Pisang
Masak Apa Cuti Sekolah?Sayang tengok pisang masih ada berbaki, takut pula jadi terbuang sahaja. Ini lah masa terbaik untuk bersama anak-anak membuat muffin bersama. Beri arahan kepada anak-anak untuk menolong bersama sambil itu boleh berborak. #TeamManisan@dyamermaid_pink jom dik join cabaran minggu ni. ☺️ Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)