Pucuk Manis Masak Lemak

RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
Johor Bahru

Kalau ada sayur ni wajib ada sambal totok jawa. Baru selera nak makan. Tak ada lauk lain pun tak apa dah😂 nak masak sayur ni pun sekejap sahaja.

Pucuk Manis Masak Lemak

Kalau ada sayur ni wajib ada sambal totok jawa. Baru selera nak makan. Tak ada lauk lain pun tak apa dah😂 nak masak sayur ni pun sekejap sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 minit
5-6 orang
  1. 1pek sayur pucuk manis
  2. 1 kotakkecil santan
  3. Air
  4. Bahan Tumbuk
  5. 1biji bawang besar
  6. 2 ulasbawang putih
  7. 3tangkai lada hijau
  8. Segenggam kecil ikan bilis

Cara Memasak

10 minit
  1. 1

    Didihkan dulu air di dalam periuk. Air agak-agak ikut banyak mana sayurnya.

  2. 2

    Bila air dah menggelegak, masukkan terus bahan tumbuk tadi. Kemudian masukkan sedikit garam dan maggi cukup rasa.

  3. 3

    Masukkan pula sayur dan kacau rata. Akhir sekali masukkan santan dan kacau sekejap. Kemudian boleh tutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
pada
Johor Bahru
Tiada istilah betul atau salah dalam masakkan. Masakkan juga adalah seni. Bergantung pada kreativiti dan cara masing-masing sebab masakkan itu adalah seni sentuhan ajaib❤Lain orang lain cara, lain tangan lain rasa. Ewahhhh~💃
Baca lagi

Komen (9)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sedap dan klau ada labu kuning tu pun sedap msk sekali dgn pucuk manis ni.

Resipi Sepertinya