Labu Masak Lemak

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

#goldenapron

Semalam, sediakan Labu Masak Lemak. Masa tengahari, mak tengok labu yang belum dipotong di sinki pun dah tersenyum. Makanan kegemaran mak saya ni.

Lauk labu ini, sesuai dimakan dengan masakan pedas.

Jadi, kami makan Labu Masak Lemak dengan nasi panas panas, lawan pula dengan ayam masak sambal, perrrrgghh, menjilat jari. Padanan yang cukup sempurna.

Suka masak lauk ini, sebab resipinya amat mudah dan cepat dimasak. Cuma, bab buang kulit dan potong labu, tak berapa minat. Kerasnya ya ampun.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit (10 minit penyediaan dan 10 minit masak)
9 orang makan (6 orang-tengahari, 3 orang-malam)
  1. 1 kglabu (separuh biji labu)
  2. 1mangkuk air
  3. Segenggam ikan bilis
  4. 3 batangserai
  5. 4 ulasbawang merah
  6. 3 ulasbawang putih
  7. 1pek serbuk santan 200gm
  8. 1sudu besar garam
  9. 3tangkai cili padi

Cara Memasak

20 minit (10 minit penyediaan dan 10 minit masak)
  1. 1

    Buang kulit labu dan potong labu ikut suka hati. Bentuk labu saya, tak berapa dadu bentuknya. Hentam sahajalah labu.

  2. 2

    Masukkan labu dalam periuk kesukaan. Masukkan air sehingga menutupi labu tersebut. Jangan letak banyak air supaya elak kuah cair. Jangan buka api dulu. Tunggu bahan-bahan lain sebab labu cepat empuk.

  3. 3

    Kisar ikan bilis, bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Jangan tinggalkan ia berketul-ketul. Nanti nak hirup kuah, kurang enak rasanya.

  4. 4

    Ini bahan-bahan untuk kuahnya. Bawang merah dan bawang putih dibuang kulitnya dan dibersihkan. Serai dibuang hujung dan pangkal, dibersihkan dan dititikkan. Ikan bilis dan cili padi dibersihkan. Serbuk santan pula, potong sahaja hujung bungkusannya. Senang nak masukkan nanti.

  5. 5

    Masukkan bahan kisar tadi.

  6. 6

    Masukkan serai.

  7. 7

    Pasang api dan masak labu bersama bahan-bahan lain tadi. Masa masak hari itu, di dalam periuk yang ditutup, 8 minit sahaja pun labu sudah empuk. Tak perlu lama ya, nanti hancur pula labu. Hancur hati ku.

  8. 8

    Hampir hampir nak hancur, tapi masih ada bentuk. Kalau suka labu lebih keras, masak 6-7 minit dah memadai.

  9. 9

    Letak serbuk santan.

  10. 10

    Letak garam secukup rasa.

  11. 11

    Letak cili padi. Kacau perlahan-lahan. Didihkan lagi 2 minit. Siap.

  12. 12

    Hidangkan Labu Masak Lemak dengan penuh kasih sayang. Selamat mencuba 😊.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen

Resipi Sepertinya