Roti Poket Ajaib Istimewa

Miss V
Miss V @mykitchen_13

Memandangkan tengah viral hidangan roti poket ajaib ni, jadi saya cuba lah buat mengikut kreativiti saya. Selamat mencuba

Roti Poket Ajaib Istimewa

3 orang bercadang membuatnya

Memandangkan tengah viral hidangan roti poket ajaib ni, jadi saya cuba lah buat mengikut kreativiti saya. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Inti kentang
  2. 3ketul kentang
  3. Daunsup
  4. Bawang merah ditumbuk/kisar halus
  5. Stok ayam pekat/separuh kiub pati ayam
  6. Sedikt lada hitam
  7. Topping
  8. Bawang merah kisar halus
  9. 1sudu serbuk kari
  10. 2sudu sos cili
  11. 1sudu sos tomato
  12. 1/2sudu sos tiram
  13. Ayam kisar

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian, alihkan kentang yg telah empuk ke mangkuk.

  2. 2

    Lenyekkan kentang.

  3. 3

    Masukkan dua batang daun sup yg telah dipotong halus dan bawang merah yg ditumbuk halus. Selepas itu, sebatikan kentang lenyek bersama bahan yg telah dimasukkan.

  4. 4

    Kemudian, masukkan stok pati ayam. (Agak-agak kentang tu dah rasa masin sikit dan rase stok pati ayam, ok lah tu). Selepas itu, masukkan sedikit garam (sedikit sahaje ye) dan masukkan serbuk lada hitam.

  5. 5

    Kacau kentang lenyek tersebut sehingga semua bahan sebati.

  6. 6

    Untuk topping pula, tumis bawang merah yg telah ditumbuk halus.

  7. 7

    Kemudian, masukkan bancuhan serbuk kari. Tambahkan sedikit air.

  8. 8

    Masukkan 2 sudu sos cili, 1 sudu sos tomato dan kacau.

  9. 9

    Selepas itu, masukkan 1/2 sos tiram dan kacau. Kemudian, masukkan ayam kisar dan masukkan garam secukup rasa. Setelah ayam masak dan kuah mendidih, matikan api.

  10. 10

    Untuk roti pula, buang kulit tepi roti dan lenyekkan roti supaya nipis. Kemudian, ambil sekeping roti dan sapukan bancuhan tepung ditepi roti untuk tujuan pelekatan.

  11. 11

    Kemudian, ambil lagi sekeping dan lekatkan di atas roti tadi.

  12. 12

    Selepas itu, pecahkan sebiji telur dan kacau.

  13. 13

    Masukkan roti yg telah dilekatkan tadi kedalam telur yg telah dikacau untuk disalut. Selepas itu, letak sedikit minyak dan goreng roti tersebut seperti gambar di bawah.

  14. 14

    Setelah roti digoreng, belah bahagian tengah untuk diamasukkan inti

  15. 15

    Masukkan inti kentang sehingga separuh penuh. Akhir sekali, masukkan topping sehingga penuh. Sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Miss V
Miss V @mykitchen_13
pada

Komen

Resipi Sepertinya