Poket Ajaib Beef Carbonara Cheese

Poket ajaib ini bukan sahaja di gemari oleh kanak2..tetapi juga orang dewasa..2 hari lepas baru saya buat poket ajaib ni utk sarapan pagi..tapi saya tak ambil pula cara2 bergambar buatnya 😅 Bila admin beritahu ada bonus poket ajaib ni..eh2 admin macam tau2 je kan 😆 kebetulan memang saya ingin buat lagi sebab tempoh hari saya buat tak cukup..anak2 siap bawa bekal ke sekolah..poket ajaib ini boleh di pelbagaikan intinya. Biasanya saya suka buat inti carbonara ayam tapi kali ni saya guna daging burger pula. Rasanya lebih sedap..di campur pula dgn sosej, mix vegetables & keju..anak2 & suami laju makan..
Poket Ajaib Beef Carbonara Cheese
Poket ajaib ini bukan sahaja di gemari oleh kanak2..tetapi juga orang dewasa..2 hari lepas baru saya buat poket ajaib ni utk sarapan pagi..tapi saya tak ambil pula cara2 bergambar buatnya 😅 Bila admin beritahu ada bonus poket ajaib ni..eh2 admin macam tau2 je kan 😆 kebetulan memang saya ingin buat lagi sebab tempoh hari saya buat tak cukup..anak2 siap bawa bekal ke sekolah..poket ajaib ini boleh di pelbagaikan intinya. Biasanya saya suka buat inti carbonara ayam tapi kali ni saya guna daging burger pula. Rasanya lebih sedap..di campur pula dgn sosej, mix vegetables & keju..anak2 & suami laju makan..
Cara Memasak
- 1
Cairkan marjerin, tumis bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan daging burger. Kacau & hancurkan. Biar masak seketika
- 2
Masuk pula sosej, mix vegetables & serbuk lada hitam. Kacau sebati
- 3
Tuang sos pasta Prego Carbonara Mushroom & keju. Kacau. Akhir sekali masukkan tepung gandum sebagai pemekat. Kacau lagi hingga agak kering
- 4
Gelek roti sedikit dgn pencanai. Jangan terlalu nipis. Kemudian, tekap dgn acuan bulat & buang bahagian tepinya
- 5
Sapu bancuhan tepung gandum di sekeliling roti. Ambil roti lain lekatkan pada roti tadi. Tekan tepinya supaya melekat kemas
- 6
Celup roti dgn telur,.kemudian salut pula dgn bread crumb hingga rata.
- 7
Goreng di dlm minyak hingga keemasan & garing. Angkat & toskan. Potong 2 bahagian
- 8
Isikan roti/poket dgn inti beef carbonara tadi. Hias dgn sedikit salad
- 9
Picit sos cili & mayonis di atasnya.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Poket ajaib mudah Poket ajaib mudah
#poketajaib#bonus#goldenapron2020Kebetulan sangat,dah lama tak buat poket ajaib ni.anak2 pun ada mintak mak buatkan tapi mak saja tangguhkan.Sempena dengan bonus kali ni mak on je la permintaan anak.tapi mak buat ikut bahan yang kebetulan ada kat dapur.mak malas nak keluar beli barang.maka jadilah poket ajaib inti sardin je.tak pe janji anak makan . Lily Suryani Mohd Ali -
Poket Ajaib Telur Hancur Poket Ajaib Telur Hancur
#poketajaib#goldenapron2020Menu poket ajaib ni memang antara menu kegemaran anak-anak. Saya pelbagaikan intinya sahaja. Kali ni inti telur hancur. Biasalah pagi2 Isnin memang huru hara nak sediakan bekal. Anak-anak cakap roti ini memang ajaib betul sebab boleh isi banyak inti walaupun nampak kecil je poketnya 😅 Syima Yusof -
Poket Ajaib Serunding Daging Poket Ajaib Serunding Daging
#poketajaib#goldenapron2020Saya buat poket ajaib ni ikut mana ada bahan kat rumah sahaja. Selalu pergi travel memang bawa serunding untuk dimakan bersama roti. Jadi saya terpikir untuk buat poket ajaib ini. Yang penting rasanya yang sedap, mudah dan cepat siap☺️. Aziela Amin -
Poket Ajaib Poket Ajaib
#goldenapron2020#poketajaibSyukur juga dengan cabaran bonus ini, dapat penuhi permintaan ayah. Moga ayah suka poket ajaib ni😁 Nor Zeha Baba -
Pocket corned beef Pocket corned beef
#poketajaib #goldenapron2020Ini kali pertama saya buat poket ajaib ini. sebab sebelum ini beli sahaja di kedai. Saya tak letak garam sebab corned beef memang sudah sedia masin. Azyyati Zakaria -
Crispy Potato Cheese Balls Crispy Potato Cheese Balls
Menu minum petang saya hari ni.. Crispy Potato Cheese Balls atau Bebola Kentang Cheese Rangup.. Sudah lama sebenarnya tak buat kudapan ni..hari ni tiba2 teringin..anak2 pun suka makan..lembut kat dalam, rangup kat luar.. di campur pula dgn cheese di dalamnya menjadikan bebola ini menjadi lebih sedap..kalau ada ayam @ daging boleh di campur ke dlm bebola ni tapi saya guna apa yg ada saja..cuma kentang, tepung & cheese..hidangkan bersama sos cili.. Nor Al Fatihah -
Poket Ajaib Salad Betik Poket Ajaib Salad Betik
#poketajaib#goldenapron2020Nak makan nasi dah kenyang...tercari-cari menu kudapan yang tak terlalu heavy...maka terjadilah Poket Ajaib Salad Betik ni...ajaib betul ni...😃 Mamamikael Oven -
Asasnya poket Ajaibmu Asasnya poket Ajaibmu
#goldenapron2020 #poketajaibMana Mungkin resepi poket Ajaib atau poket doremon yang berbagai variasi dan sedang viral sekarang nie akan terhasil kalau cara untuk menyediakan poketnya kita tak tahu kan? 🤭 Jadi jom layan cara saya menyediakanya. Kita sediakan yang mudah mudah je dulu 😚. Tapi,Sebenarnya kan nak buat resepi sekali dengan intinya apakan daya bahan di rumah ada roti, telur dan serbuk roti saja jadi kita buat apa yang ada memandangkan tempoh berpantang pun xhabis lagi😅(sehari lagi habis pantang dah ) yeah🤣. Lusa bolehlah shopping bahan untuk inti dan buat semula poket Ajaib pelbagai inti 😋😋 Ahlia Syed Firdaus -
Beef Pie Carbonara 🇮🇹 Beef Pie Carbonara 🇮🇹
Jumaat lepas saya dah buat Pai Daging Carbonara ni utk birthday suami saya..dua hari lepas tu suami minta saya buat lagi sebab yg hari tu tak cukup, sedap sgt katanya 😆😅 Biasanya saya buat Spaghetti Carbonara yg merupakan makanan orang Itali tapi saya olah jadikan pai pula. Itali pun terkenal dgn Pai nya kan.. Alhamdulillah..suami & anak2 puji sedap.. buat masa birthday suami kejap je licin..buat kali ke-2 ni pun kejap jugak licin 😆😍 Kulit/crust pai di anyam seperti tikar & rangup..intinya daging, di campur dgn sos carbonara..di tambah pula dgn cheese menyedapkan lagi pai ini.. Sedap di makan ketika panas2 bersama sos cili @ di makan begitu saja.. Nor Al Fatihah -
Poket Ajaib Intinye Serunding Poket Ajaib Intinye Serunding
#poketajaib #bonus7 #goldenapron2020 #week24 Kebiasaan saya makan serunding ratah je sedap sangat almaklum la tu. Tapi kalau ada roti sandwich mkn dgn serunding pun jadi jugak. Kali ni saya olah sikit bentuknye jdkan dia ada poket bolehla letak inti serunding dan selit kan pula sayur bayam brazil barulah healthy rasanya eh! Nunees -
Poket Ajaib Udang & Daging Sweet Sour Poket Ajaib Udang & Daging Sweet Sour
#poketajaib#goldenapron2020Nama pun poket ajaib kan? So memang kita keluarkan apa yang ada dekat dapur dan masukkan segala benda yang ada mengikut citarasa tekak😂 kebetulan hari ni banyak urusan dekat luar so buat lebih untuk bekal dalam perjalanan. RH Kitchens -
Poket Ajaib Telur Mayo Poket Ajaib Telur Mayo
Petang ni balik kerja xtau nak masak apa. Buka peti ais, tengok ada mission. Kebetulan ada task untuk buat poket ajaib. Terus kak long buatkan poket ajaib guna mission wrap sebab roti tu ja yg ada dalam peti ais.#goldenapron2020#poketajaib Nana Isya
Lebih Banyak Resipi
Komen