Onde-onde Keledek

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Jekfer, kau buatlah kuih onde-onde keledek ni untuk tawan hati Lailer. Ada orang panggil buah melaka.

Senang je nak buatnya. Kau percayalah cakap akak sebab kuih ni anak akak umur 9 tahun pun dah reti buat sendiri.

Kat kampung kau tinggal mesti banyak keledek ditanam, kan? Lagi senang kerja kau, tak payah cari bahan pelik-pelik. Kau gali je kat kebun belakang rumah. Jimat belanja. Almaklumlah PKP, mana boleh jimat kita jimat.

Kelapa pun kau boleh kutip dan parut sendiri, kan. Tinggal beli tepung pulut & gula melaka je kat kedai runcit.

Kuih ni sedap. Berkhasiat pulak tu. Kalau kau nak tahu, dalam keledek ada vitamin B6, vitamin C, vitamin D, zat besi, dan magnesium. Kau cuba gugel khasiat keledek. Memang banyak khasiatnya.

Cuba resepi akak ni, Jekfer. Mesti Lailer makin jatuh cinta...

#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
#goldenapron2020
#jekferlailertilljannah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
  1. 2biji keledek oren saiz tapak tangan
  2. 200 gtepung pulut
  3. 1/2biji gula melaka
  4. 1/2biji kelapa parut (putih sahaja)
  5. Air bertapis (untuk merebus)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Mula-mula, rebuskan keledek dengan air bertapis sehingga lembut (lebih kurang 15 minit). Sementara itu, bolehlah potong gula melaka menjadi kiub-kiub kecil.

  2. 2

    Setelah keledek lembut, angkat keledek dan toskan. (Tips: Boleh gunakan garfu dan cucuk keledek untuk mengetahui keledek sudah lembut atau belum). Kemudian, lenyekkan keledek di dalam bekas/besen.

  3. 3

    Masukkan tepung pulut, dan gaulkan/uli dengan tangan sehingga doh tak melekat pada tangan. Jika masih melekat, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga berpuas hati.

  4. 4

    Untuk membuat kuih, cubit sedikit doh dan bentukkan bulat di tapak tangan. Tekan sedikit di bahagian tengah doh kecil itu, dan masukkan 1 kiub kecil gula melaka. Tutupkan doh kecil dengan kaedah “mencubit” dan buatkan bentuk bulat.

  5. 5

    Panaskan air bertapis dalam periuk untuk merebus kuih. (Tips: boleh je gunakan air rebusan keledek tadi. Elakkan pembaziran). Apabila air mendidih, masukkan kuih yang siap dibentukkan tadi. Tanda kuih dah masak adalah ia timbul di permukaan air rebusan. Golekkan kuih yg siap direbus itu di atas kelapa parut. (Tips: Stim sebentar kelapa parut terlebih dahulu supaya kuih tak cepat basi. Boleh juga tambahkan secubit garam pada kelapa parut sebagai penaik rasa umphh).

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen (3)

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Wow..xpernah cuba lg onde2 keledek...nnt boleh Yani cuba resipi ni..😍

Resipi Sepertinya