Onde-onde untukmu Sayangku Lailer

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#jekferlailertilljannah #goldenapron2020

Kalau #pkpb dah habis nanti, nak bawa la Lailer tersayang honeymoon di negeri Melaka. Banyak tempat boleh dilawati nanti. Maklumlah negeri yang banyak hasil warisan sejarah.

Tapi sebelum tu, hari ini buatkan Lailer kuih Onde-onde Buah Melaka dulu. Senang pun senang nak buat; Jekfer berbicara sendirian di dalam hati...

Hai, untunglah jadi Lailer kan... dapat suami mithali ni...Puji si Jekfer pada dirinya sendiri.

#dramasangat

Hanya 5 bahan dan 5 langkah mudah je. Jom Yani kongsikan caranya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
23 biji buah
  1. 150 gtepung pulut
  2. 23ketul kecil gula melaka
  3. 1/2 cawankelapa parut digaul dengan 1/2 sudu kecil garam
  4. 500 mlair (anggaran 100ml untuk adun tepung, 400ml untuk rebus)
  5. 1titis pewarna makanan berwarna hijau

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kelapa parut yang digaul dengan garam perlu dikukus.

  2. 2

    Masukkan tepung pulut di dalam bekas. Masukkan setitis pewarna makanan berwarna hijau. Masukkan air sedikit demi sedikit (anggaran 100ml air). Uli sehingga warna bercampur rata dan tepung tidak lekat di tangan.

  3. 3

    Masukkan ketulan kecil gula melaka di dalam tepung. Kemudian gentel menjadi bulat. Rebuskan di dalam air mendidih.

  4. 4

    Selepas buah tersebut masak (tepung tersebut timbul di dalam air rebusan), angkat toskan dan terus golekkan di atas kelapa parut yang dikukus.

  5. 5

    Siap dihidangkan. Boleh makan bersama keluarga tercinta.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Resipi Sepertinya