Nasi Pilau Ayam

Nasi pilau juga dikenali sebagai nasi pilaf. Kiranya nasi ni spesies nasi arab la sebab nasi ni berasal dari timur tengah. Ada macam-macam versi tapi yang saya nak kongsikan ni resipi nasi pilau ayam yang paling mudah. Saya belajar buat nasi ni lepas tengok dalam video pak arab mana ntah masak nasi ni. Sedap dia tu jangan cakap la. Haha 🤭. Cuba jangan tak cuba. #goldenapron2020
Nasi Pilau Ayam
Nasi pilau juga dikenali sebagai nasi pilaf. Kiranya nasi ni spesies nasi arab la sebab nasi ni berasal dari timur tengah. Ada macam-macam versi tapi yang saya nak kongsikan ni resipi nasi pilau ayam yang paling mudah. Saya belajar buat nasi ni lepas tengok dalam video pak arab mana ntah masak nasi ni. Sedap dia tu jangan cakap la. Haha 🤭. Cuba jangan tak cuba. #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Rendam beras basmati selama 20-30 minit. Kemudian toskan.
- 2
Masukkan 3 cawan air, kiub ayam, garam, jintan putih dan jintan manis dalam periuk nasi. Didihkan air dan bahan-bahan yang telah dimasukkan tadi.
- 3
- 4
Sementara itu, cincang bawang holland dan bawang putih.
- 5
- 6
Isi ayam pula dipotong dadu. Potong kasar, jangan potong kecil. Gaulkan dengan sedikit garam.
- 7
Cairkan minyak sapi dalam kuali. Setelah minyak sapi cair dan panas, masukkan bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Tumis hingga ayam masak.
- 8
- 9
Apabila air dalam periuk nadi dah mendidih, masukkan beras basmati yang telah ditoskan bersama-sama isi ayam dan bawang yang telah ditumis. Waktu ni boleh masukkan sayur campuran. Kacau sekejap supaya sebati. Kemudian tutup. Jangan kacau sangat sebab nanti beras akan patah dan nasi jadi tak cantik.
- 10
Bila air nasi dah kering, letakkan pewarna kuning, kismis, biji gajus, lada besar merah dan daun sup. Tutup periuk nasi dan biar betul betul masak.
- 11
Nasi pilau ayam sudah sedia untuk dinikmati. Nasi ni tak perlu lauk lain sebab dah ada isi ayam di dalamnya. Kalau ikut cara orang arab, diorang akan makan dengan sejenis pencecah yang dibuat daripada bawang dan lada hijau yang dikisar. Kalau orang kita boleh je makan dengan dalca sayur. Selamat mencuba 😉
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Arab Kabsah Ayam 🇸🇦 Nasi Arab Kabsah Ayam 🇸🇦
#cppassportKabsa/ Kabsah ialah nasi campuran yang berasal dari negara Arab Saudi. Biasa dihidangkan di dalam dulang komunal. Ia juga dikenali sebagai hidangan nasional bagi negara-negara di Semenanjung Tanah Arab.Kali ini Yani mencuba resipi Nasi Kabsah Ayam. Biasanya Yani beli sahaja di kedai yang menyediakan menu masakan arab, tetapi sejak musim pandemik ni dan dah jarang keluar, maka Yani rasa patut mencuba untuk memasaknya sendiri. Lebih muaikan dan boleh makan berulang kali👍😊 sebab Yani ni penggemar makanan dari timur tengah juga.Jom lihat cara-caranya dibawah ini. Nur Azliani Amer -
🇾🇪 CHICKEN MANDI ala YEMENI 🇾🇪 CHICKEN MANDI ala YEMENI
Nasi Arab chicken mandi berasal dari Hadhramaut, Yemen. Selalunya ayam dibakar didalam ketuhar dalam tanah. Tapi akak dah mudahkan penyediaannya dengan menggunakan pes nasi arab Yemeni Mendhi, dah tentu sedap kejadiannya, hepi meneraiiii 😉 #chickenmandi #mandhi #pilaf #pilav #biryani #nasiarab #cppassport #cppassportyemen Keroroyz Royz -
Nasi Arab Apa Adanya - Superb & Simple Nasi Arab Apa Adanya - Superb & Simple
Tak sangka Mai boleh masak nasi Arab. Terima kasih Cookpader y kongsi resepi simple ni.Sebelum ni Mai tak berani cuba buat nasi Arab. Sebab nampak macam renyah je. Rupanya senang je. Guna bahan yang ada kat rumah pun sedap.Anak-anak makan pun berselera. Satu talam ni habis kat diorang bertiga je. Maisarah Mamat -
🇮🇳 SPICED RICE 🇮🇳 SPICED RICE
🌶🍚 Nasi ni wangi & sedap macam nasi berperisa yang lain, alternative selain dari nasi minyak, tomato, Arab etc.. hepi meneraiiii 😉 #cppassport #cppassportindia #spicedrice #spicyrice #pilaf #pilav #biryani➡️ inspired by ig @southafricahalaal Keroroyz Royz -
Nasi Maqlubah Nasi Maqlubah
Maqlubah tu maksud Nasi upside down.Hehehe1st time saya masak ni selalu nya pandai makan je😅Selalu nya adik lelaki saya yang pakar masak maqlubah ni tapi bila dah Pkp ni tak dapat nk berjumpa so saya cuba la masak sendiri.Cuma tak sesedap macam adik saya masak ..sedehhh😁 Zieta Ali -
Azerbaijani Plov (Pilaf) 🇦🇿 Azerbaijani Plov (Pilaf) 🇦🇿
341/2021/RoadTo1k/1036❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport❤️ Negara A = 3/11 : Azerbaijan ❤️Pilaf (or Plov) – The king of our celebration tables in Azerbaijan. Plov will be prepared for the special occasionssuch asholidays, family celebrations, etc.If you will invite the guests to visit your home, the dining table may not be without Plov. You will show your respect to your guest with Plov and show guests importance. In contrast to the Uzbek plov, Azerbaijani plov will not be mixed with vegetables, meat and chicken.By pilaf served fried and side dishes. So just come and watch.Better to see once than hear a hundred times! (Source : Website Travel In Baku).Nasi ni sejenis nasi pre-boiled. Mula2 ingat tumis biasa je tapi bila baca langkah penyediaan. Ok faham 🤭. Dari segi rasa kurang lemaks sedap macam nasi biasalah sikit sebab bila dimasak kaedah ni. Kandungan gula dalam beras akan dibuang terlebih dahulu kemudian barulah nasi dimasak..Ada banyak jenis plov / pilaf ni, ada yang dimasak dengan noodles (ristha plov), daging kambing (Lamb shank plov), ayam (khaf pilaf), labu (Plov with pumpkin), kekacang (Lobiya Chilo plov – Bean Pilaf) dan banyak lagi..Tapi hakak masak plov / pilaf kosong je. Pastu tambah gajus dan kismis. Untuk lauk dimakan pula hakak makan Borani Banjan (Afghan Eggplant Dish), Jerk Chicken dan Kjötsúpa (Icelandic Lamb Soup). Semua ni dimasak untuk 9th Anniversary "Candle Light Lunch" kami hari ni 🥰 Salina Jalaludin -
Nasi Arab Nasi Arab
Nasi Arab yang saya guna ni, instant. Saya dah cuba banyak jenama, tetapi keluarga kami suka jenama ini.Untuk resepi salatoh, sup berempah dan ayam bakar, saya pernah kongsikan sebelum ini. Yang saya belum kongsi ialah resepi sambal tomato.#GlobalApron2024#challenge44#middleeast1. ayam (1 point)3. basmati (3 point)4. buah pelaga (1 point) Alia Ali -
Murtabak Nasi Murtabak Nasi
#goldenapron22#LeftoverFood#saturesepisatupohon Pernah alami simptom lebihan nasi semalam tak..?? tak tau nak buat apa..?? ok..kali ni saya kongsikan macamana cara kita nak selamatkan lebihan nasi semalam..kita boleh pelbagaikan lebihan nasi tu dengan apa sahaja menu yg kita suka...contoh hari ni kita buat murtabak nasi..resepi dibawah ZuitaAisyah -
Nasi Minyak Nasi Minyak
Nasi Minyak ni macam macam versi. So yang ini Nasi minyaknya berwarna skit sebab saya blend kismis hitam, Ada setengah orang blend kismis warna cerah tu. Jadi Nasi Minyaknya elok putih. MaRulez Arif -
Nasi Biryani Ayam Thai (Khao Mok Gai ข้าวหมกไก่) Nasi Biryani Ayam Thai (Khao Mok Gai ข้าวหมกไก่)
Sejak PKPB ni mula la ada kesempatan nak masak macam-macam. Harini saya cuba Nasi Biryani Ayam Thai / Khao Mok Gai yang cukup terkenal di selatan thai.Rempah Khao Mok Gai saya dapatkan di Shopee. Kalau anda rajin boleh buat sendiri rempahnya.Beza Nasi Biryani India dan Siam. Khao Mok Gai banyak gunakan daun ketumbar. Ayamnya sesuai disedia sama ada dengan masak bersama nasi atau dibuat goreng rempah. Kali ini saya cuba 2 jenis. Selamat mencuba.#goldenapron2020 Mizzanem -
Nasi Kabseh Kambing Nasi Kabseh Kambing
Global Apron 2024 Challenge 44: Middle East#GlobalApron2024#Basmati (3)#buahpelaga ( 1)#cinnamon (1)#jintanmanis (1)#kambing (3)#kunyit (1)#saffron (3)#sususegar (1)#jintanputih (r)Kabseh Rice berasal dari Arab Saudi, khususnya dari wilayah Najd. Hidangan ini merupakan salah satu makanan tradisional yang terkenal di rantau Timur Tengah dan sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan Arab Saudi.Asalnya, Kabseh dicipta untuk memanfaatkan rempah-rempah yang diimport melalui laluan perdagangan kuno yang merentasi Semenanjung Arab. Ia mencerminkan budaya kaya rempah dan daging di kawasan itu, di mana kambing, lembu, dan ayam adalah protein utama.Hari ini, Kabseh telah tersebar ke seluruh dunia dengan variasi tempatan di negara-negara lain seperti Jordan, Yaman, dan negara-negara Teluk, menjadikannya simbol perpaduan dalam masakan Arab. FZ Adzlin -
Nasi Minyak Daging Beriani Nasi Minyak Daging Beriani
Saya memang bukan Asli Orang Malaysia,tapi ketika Tuhan menjodohkan saya dengan seorang Malaysian Saya pun mulai Mempelajari pelbagai Masakan Malaysia untuk memanjakan Perut suami saya😁. Pertama kali saya belajar memasak Nasi Minyak ini daripada Ibu Mertua saya,ketika saya dulu tinggal di Kuantan PAHANG bersama beliau. Kalau dah makan Nasi Minyak ni,terus Lupa DIET,😄😄 bertambah tamboh ceduk Nasi😁. Okelah guy's...jom kita layan resepi die.#phopbylinimohd#cookpadmalaysia#juadahraya#madebyjeehan_kitchen Jeehan Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen