Ayam Crispy OatMeal Sos Telur Masin

Ika Farhanifa
Ika Farhanifa @ika_umiyayi
Pulau Pinang

Ayam goreng oatmeal nii selalu saya guna bila kecemasan takde sebarang tepung. Baik tepung perencah ataupun tepung gandum. Sebab memang selalu sedia oat, Mudah dan cepat sangat nak sediakannya. Tak lepas dari sedap dan rangup juga walau tanpa penggunaan tambahan tepung.
Di sebab kan seminggu lalu kita dah jemu makan telur, alkhamdulullah admin Cookpad berbaik hati kali ini di beri bonus #ayamcrispy
Di padukan dengan sos telur masin memang lah best.
Masakan ini bagi saya tidak perlukan garam lagi, sebab ayam oat sudah rasa lemak , dan sos telur masin pula sememangnya sudah masin.

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 potongdada ayam
  2. 1cup oatmeal
  3. 15 mlsusu cair
  4. 1btr kuning telur masin
  5. 80 mlsusu cair
  6. 80 mlair
  7. 1sdm tepung gandum
  8. 1sdm mentega
  9. 2siung bawang putih
  10. 2buah cili padi
  11. 1sdt gula
  12. 1/2sdt serbuk lada

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan. Daging dada ayam yang sudah di cuci bersih dan di potong dadu kecik, telur masin di haluskan, bawang putih di cincang, cili di potong kecik.

  2. 2

    Campurkan 1 sdb oatmeal dan susu ke dalam potongan ayam, gaul sebati

  3. 3

    Tambahkan oatmeal sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga tersalut dan terasa kering. Jika masih basah tambahkan oat lagi.

  4. 4

    Goreng dengan minyak panas dan api kecil. Setelah nampak coklat keperangan angkat dan toskan.

  5. 5

    Panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga layu dan wangi, tambahkan susu, telur masin, gula serbuk lada. Aduk sehingga telur hancur.

  6. 6

    Tambahkan tepung gandum yang sudah di bancuh dengan 80 ml air, aduk sehingga sos menjadi pekat.

  7. 7

    Boleh terus masukkan ayam goreng tadi, boleh juga di siram kan sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ika Farhanifa
Ika Farhanifa @ika_umiyayi
pada
Pulau Pinang
TQ Cookpad & Cookpaders 😊🙏Dengan adanya Cookpad , sangat membantu saya menyediakan menu untuk keluarga.Bersyukur karena Cookpaders tak kedekut ilmu dalam membagi resipi.Sebahagian resipi yang menjadi saya tulis kat sini , yang tak menjadi biarlah jadi rahsia saya 🤭😀😀😊🙏( Ika Purwaningsih )
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya